Klamidia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Penyakit kelamin Chlamydia''' merupakan penyakit sebaran seksual yang biasa berlaku. Ianya disebabkan oleh Chlamydia trachomatis, sejenis bakterium yang mampu merosakkan organ peranakan wanita. Disebabkan simptom chlamydia adalah serdahana atau tidak kelihatan, kesukaran teruk yang mampu menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, termasuk mendajimenjadi '''mandul''', boleh berlaku secara "senyap" sebelum anda sedari.
 
Chlamydia boleh berjangkit semasa hubungan seks faraj, dubur ataupun mulut. Penyakit ini juga boleh tersebar daripada ibu yang berjangkit kepada bayi yang baru lahir semasa kelahiran melalui saluran peranakan.
 
Sekitar 3 juta jangkitan chlamydia baru dianggarkan berlaku di [[Amerika Syarikat]] setiap tahun. Ianya merupakan jangkitan penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria yang paling biasa dilapurkan di Amerika Sayrikat dan dipercayai lebih rendah daripada yang sebenar. Lebih kurang 650,000 kes dilapurkan pada tahun 1999, tiga suku daripadanya oleh mereka yang berusia bawah 25 tahun. Malah, pada usia 30 tahun, 50% daripada wanita yang aktif secara seksual terbukti pernah mengidap chlamydia.
 
Chlamydia dikenali sebagai penyakit "senyap" disebabkan sehingga 75% daripada pesakit wanita dan sehingga 50% daripada pesakit lelaki tidak menunjukkan simptom. Jangkitan ini seringkali tidak dikenalpasti atau dirawat sehingga timbul masaalah. Pada wanita, bakteria pada awalnya menyerang pangkal rahim (''servik'' - bukaan kepada uterus) dan urethra atau saluran kencing. Sebilangan kecil wanita mengalami simptom lendiran faraj luar biasa atau rasa terbakar selepas kencing. Apabila jangkitan melarat sehingga tiub fallopian, sesetengah wanita masih tidak mempunyai simptom; sesetengah yang lain mengalami sakit bahagian bawah (''lower abdominal''), sakit bahagian belakang bawah, mual, demam, sakit semasa berjimak, dan pendarahan antara tempoh haid. Sekiranya jangkitan melarat melepasi pangkal rahim, kerosakan kekal yang tidak dapat dipulihkan boleh berlaku. Sekiranya terdapat simptom, ia biasanya selepas 1 hingga 3 minggu selepas jangkitan.
Baris 12:
 
Chlamydial boleh dirawat dan sembuh dengan mudah dengan menggunakan antibiotik. Satu dos azithromycin atau 1 minggu rawatan doxycycline (dua kali sehari) biasanya paling kerap diberikan-dan kesemua pasangan seks perlu dirawat serentak. Bagaimanapun malu atau kejahilan menjadikan ia sukar dikesan dan lambat dirawat.
 
==Bagaimana mengelak jangkitan chlamydial==
Penyakit kelamin Chlamydia boleh dielakkan dengan mengamalkan tabiat seksual yang selamat dan mendapatkan rawatan kesihatan yang baik.
 
(1) Guna kondom dengan sempurna setiap kali mengadakan hubungan kelamin, ingat bahawa kaedaan mengawal kehamilan seperti pil sahaja tidak melindungi daripada jangkitan penyakit kelamin. Ambil iktibar juga bahawa kondom tidak melindungi anda sepenuhnya daripada semua penyakit kelamin;
 
(2) Hadkan pasangan seksual, dan jangan bertukar pasangan;
 
(3) Jalani saringan chlamydia secara tahunan sekiranya anda aktif secara seksual dan tidak menggunakan kondom dengan betul sepenuhnya. Kesemua wanita yang mengandung perlu menjalani saringan chlamydia bagi mengelak ianya tersebar kepada bayi anda.;
 
(4) Jika anda percaya anda dijangkiti, elakkan hubungan kelamin dan dapatkan rawatan dengan segera;
 
(5) Jika anda diberitahu anda dijangkiti, hubungi dan beritahu kesemua pasangan seksual anda dengan segera. Kesemua pasangan perlu dirawat secara serentak agar rawatan berkesan. Kegagalan mendapatkan rawatan membolehkan penyakit kelamin Chlamydia berjangkit semula dan mampu memandulkan pasangan lelaki atau wanita.