Zubir Said: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 17:
Beliau sering dikenang sebagai seorang yang telah mengarang lagu kebangsaan Singapura, ''[[Majulah Singapura]]'', sebuah lagu dengan melodi yang bersemangat dan lirik yang mudah, yang bertujuan untuk menyatukan semua penduduk berbilang kaum di Singapura.
 
Beliau juga telah mempersembahkan beberapa gubahan muzik kepada kerajaan Malaysia untuk lagu kebangsaannya pada 1956 namun akhirnya lagu ''[[Lagu negaraku|Negaraku]]'' digunakan.
 
Beliau juga dikenang sebagai komposer lagu ''[[Semoga Bahagia]]'', yang dinyanyikan oleh kanak-kanak di Singapura sempena Hari Kanak-Kanak dan juga Perayaan Belia Singapura. Lagu ini menasihatkan anak-anak Singapura untuk bekerja keras demi masa depan yang cerah.