Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Che090572 (bincang | sumb.)
Baris 25:
Peranan MECD bersama jabatan dan agensinya adalah penting untuk memperluas dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus utama kegiatan ekonomi negara dan seterusnya membantu mencapai sasaran pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera pada tahun 2020. MECD dan agensi-agensi dibawahnya berperanan untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau programprogram pembangunan usahawan yang merangkumi aktiviti-aktiviti seperti berikut:
 
*Menggubal dasar serta merangka strategi dan program pembangunan usahawan;
*Melaksana, menyelaras dan memantau program-program pembangunan keusahawanan di peringkat Persekutuan dan Negeri;
*Mengenalpasti dan membangunkan peluang-peluang perniagaan yang berpotensi untuk disertai oleh usahawan;
*Memudahcara, membimbing serta memberi khidmat nasihat kepada usahawan dan bakal usahawan;
*Mewujudkan kerjasama dan jaringan strategik dengan agensi-agensi kerajaan, institusi penyelidikan serta pihak swasta meliputi bidang R&D, kualiti, piawaian, pengurusan, pemindahan teknologi dan pemasaran untuk membangunkan usahawan;
*Membantu pembangunan usahawan dalaman (intrapreneurship) oleh agensi-agensi di bawah MECD;
*Mengkaji semula peranan dan keberkesanan gerakan koperasi sebagai salah satu strategi pembangunan usahawan serta penjana pembangunan ekonomi negara; dan
*Merangka cadangan penubuhan SKM bagi memastikan kedudukan kewangan dan sistem operasi koperasi adalah kukuh dan selamat, memastiakan kestabilan sektor koperasi serta menggalakkan pembangunan sektor koperasi yang terancang dan mapan.
 
==Strategi Pembangunan MPPB==