Perbezaan antara semakan "Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah"

tiada ringkasan suntingan
Menerima pengajian persendirian, baginda menggantikan mengambil alih his father's great-uncle [[Raja Laut bin Sultan Muhammad]] sebagai Raja Muda Selangor pada tahun 1916. Seorang pemuda yang bijaksana, baginda mewakili bapanya dalam ''State Council'' yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa kolonial [[United Kingdom|British]].
 
Sikap pemikiran terbuka Tengku Musa Eddin meresahkan residen British [[T.S. Adams]], yang mencadangkan penyingkiran Tengku Musa Eddin sebagai Raja Muda. Walaupun bapanya Sultan Sulaiman merayu, Tengku Musa Eddin telah disingkirkan sebagai Raja Muda pada tahun 1933 di atas alasan "salahlaku peribadi". Saudara lelakinya Tengku Badar, yang dilahirkan pada tahun 1895, turut dilangkau oleh pihak British, yang kemudiannya telah melantik saudara tirinya Tengku Alam Shah, sebagai Raja Muda. (Kemudiannya bergelar [[Sultan Hisamuddin Alam Shah|Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah]] (lihat juga: [[Yang di-Pertuan Agong]])
 
Tengku Musa Eddin telah diberikan gelaran gelaran Tengku Kelana Jaya Putera, yang juga merupakan gelaran putera mahkota bagi Yang di-Pertuan Muda [[Johor]] dan [[Riau]], yang merupakan asal Sultan-sultan Selangor.
Pada tahun 1938, pada pentabalan saudara tirinya ke takhta , Tengku Musa Eddin mempengerusikan pertabalan, tanpa sebarang perasaan buruk.
 
Ketika [[Penaklukan Jepun]] di [[Malaysia]], Sultan Hisamuddin Alam Shah telah disingkirkan. Pengurus tentera [[Jepun]] mengistiharkan Tengku Musa Eddin sebagai Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.
 
Sultan Musa telah dilucutkan takhta oleh Pengurus Tentera [[United Kingdom|British]] di bawah [[Lord Louis Mountbatten]] sekembalinya kuasa kolonial ke [[Malaysia]] pada tahun 1945. Baginda kemudiannya dibuang daerah ke Kepulauan Cocos Keeling. Kemudiannya, baginda jatuh sakit dan dibawa pulang ke [[Selangor]] selama beberapa bulan sebelum kemangkatan baginda pada tahun 1955.
 
Sultan Musa telah dimakamkan bersebelahan makam ayahdanya di Makam Diraja di Klang. Permaisurinya, Syarifah Mastura Shahabuddin dari [[Kedah]], menjadi Tengku Permaisuri ketika pemerintahannya yang singkat. Baginda Permaisuri mangkat pada tahun 1958. Pasangan tersebut tidak mempunyai waris.
1,193

suntingan