Patrice Evra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Idioma-bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: bg:Патрис Евра
Real syden (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 24:
'''Patrice Evra''' (lahir [[15 Mei]], [[1981]] di [[Dakar]], [[Senegal]]) merupakan pemain [[bola sepak]] [[Perancis]]-Senegal, yang bermain untuk [[Manchester United F.C.|Manchester United]] di [[Liga Perdana Inggeris]]. Beliau bermain di posisi [[Pertahanan (bola sepak)|bek kiri]] walaupun beliau mampu untuk bermain di bahagian sayap kiri.
 
Anak kepada seorang diplomat, beliau telah tiba di [[Eropah]] menerusi [[Brussels]] dimana bapa beliau telah ditugaskan semasa beliau kecil. Beliau telah dibesarkan di [[Les Ulis]], [[Essonne]], [[Perancis]] dimana beliau tinggal bersama keluarga dari tahun 1984 hingga 1998 sebelum berpeluang ke Marsala, Itali. Disitulah beliau mula bermain pada tahun 1986 dan jatuh cinta dengan permainan ini. Beliau telah berkembang dengan ketara bersama [[Thierry Henry]] pada tahun-tahun awalanawal mereka. Mereka menganggap diri mereka sebagai rakan karib pada masa kecil. Patrice mempunyai sejumlah 23 adik-beradik [http://football.guardian.co.uk/News_Story/0,1563,1692095,00.html].
 
== Kerjaya ==
 
Seperti kebiasaan remaja-remaja lain di [[Les Ulis]], beliau memulakan karier dengan pasukan belia [[Paris St-Germain]], sebelum pergi pada tahun [[1998]] ke pasukan [[Serie C1]] [[Itali]], [[Marsala Calcio]], dan selepas itu ke [[Serie B]] [[A.C. Monza Brianza 1912]] untuk musim berikutnya. Beliau telah dipindahkan ke [[OGC Nice]] pada tahun [[2000]], dan selepas itu ke [[AS Monaco]] pada tahun [[2002]]. Evra telah mewakili [[Pasukan bola sepak kebangsaan Perancis|Perancis]] untuk peringkat antarabangsa untuksebanyak lima kali.
 
Di [[AS Monaco]], Evra juga merupakan sebahagian dari pasukan yang telah memenangi Piala Liga Perancis dan mencapaimara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2004.
 
Evra telah mengikat kontrak selama 3.5 tahun di United pada [[10 Januari]] [[2006]], dengan yuran perpindahan sebanyak [[Pound sterling|£]]5.5 juta, dari [[AS Monaco]]. Mengikat kontrak di Manchester hanya sehari selepas kejayaan mendapatmemperolehi [[Nemanja Vidić]], ketibaan Evra memberi petunjuk bahawa niat Sir Alex Ferguson untuk membina pertahanan United yang telah terjejas semenjaksetelah since the kehilangan [[Gabriel Heinze]]. Semasa mengikat kontrak dengan United, Evra telah mendedahkan yang beliau telah menolak tawaran Arsenal dan Liverpool untuk mendapat peluang beraksi di "Theatre of Dreams".
 
"Liverpool dan Arsenal merupakan kelab yang hebat tetapi United adalah satu cerita yang berlainan. Inter juga cuba mendapatkan saya di tingkappasaran perpidahanperpindahan tetapi hanya satu kelab sahaja untuk saya".
 
Beliau telah beraksi buat pertama kali untuk Manchester United pada 14 Januari dalam kekalahan 3-1-3 kepada [[Manchester City F.C.|Manchester City]] di Liga Perdana Inggeris. beliau bermain buat pertama kali di padang sendiri melawan Liverpool pada 22 Januari dengan kemenangan 1-0. Evra pada mulanya mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri di dalam perlawanan Inggeris, tetapi pada awal musim 2006/2007, beliau telah berjaya menguasai persembahan yang telah memenangi hati penyokong. Pada 29 November 2006, beliau telah berjaya menjaringkan gol pertama untuk kelab pada perlawanan liga perdana melawan Everton di Old Trafford.
 
Evra menggunakan nombor tiga yang telah di kosongkan oleh [[Phil Neville]] pada musim panas sebelumnya.