Sistem liga bola sepak Jepun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 1:
#REDIRECT [[Kategori:KejohananSistem liga bola sepak Jepun]]
{{nihongo|'''Liga Bola Sepak Profesional Jepun'''|日本プロサッカーリーグ|Nippon Puro Sakkā Rīgu}}, selalunya dikenali sebagai {{nihongo|'''J. League'''|Jリーグ|J Rīgu}}, adalah liga [[bola sepak]] profesional tahap tertinggi di [[Jepun]]. 18 kelab bermain dalam Bahagian satu (J1) dan 13 kelab bermain dalam bahagian dua (J2).
 
==Sejarah==
J. League dimulai semenjak Mei 1993 dengan 10 kelab, menggantikan [[Liga Bola Sepak Jepun]] atau (JSL) yang diadakan dari tahun 1965 hingga 1992. Dari tahun 1994-1996 tambahan dua kelab baru pada setiap tahunnya, sementara masing-masing pada tahun 1997 dan 1998 satu kelab baru akan ditambah ke liga tersebut. Pada tahun-tahun pertama terbentuknya J. League, ramai pemain dan jurulatih terkenal dari [[Eropah]] dan [[Amerika Selatan]] yang berkelana di J. League, sehingga standard liga menghampiri standard liga profesional di [[Eropah]] dibandingkan dengan era JSL.
 
Tahun 1999 setelah beberapa kelab mengalami masalah kewangan dan hampir dibubarkan, satu keputusan telah diambil untuk mewujudkan bahagian dua, atau yang disebut J2, di mana syarat-syarat keanggotaan liga tidaklah seketat liga bahagian utama (yang dikenali sebagai J1). Pada tahun yang sama [[Consadole Sapporo]] diturunkan ke J2 yang baru dibentuk tersebut. Selain itu, dua kelab [[Yokohama]] (Yokohama Marinos dan Yokohama Flügels) telah bergabung menjadi satu kelab yang dinamakan [[Yokohama F. Marinos]] sehingga jumlah kelab di J1 cuma tinggal 16 pasukan. Tahun 2005 jumlah kelab di J1 kembali menjadi 18 pasukan.
 
Pada tahun [[2010]], J2 dirancang akan mempunyai 18 kelab, dan 22 kelab pada tahun [[2016]].
 
==Struktur dan format liga==
Hingga musim 2004 J1 menerapkan sistem dua pusingan. Kelab yang menjuarai kedua-dua pusingan akan menjadi juara keseluruhan. Jika juara di kedua-dua pusingan adalah berbeza, maka akan diadakan perlawanan penetuan juara. Setelah liga ini mempunyai 18 kelab pada musim 2005, J1 mulai menggunakan sistem juara berdasarkan pasukan yang berada pada kedudukan teratas diakhir perlawanan liga, iaitu sebagaimana yang diamalkan di kebanyakkan liga-liga di Eropah. Di mana setiap pasukan akan bertemu setiap lawannya dua kali dalam semusim. J2 menggunakan sistem juara berdasarkan pasukan yang berada pada kedudukan teratas diakhir perlawanan liga semenjak dari awal kelahirannya, namun setiap kelab akan bertemu setiap lawannya 4 kali dalam semusim.
 
Dua pasukan teratas dari J2 akan dinaikkan ke J1 pada akhir musim, sementara dua kelab terbawah dari J1 diturunkan ke J2. Pasukan ketiga terbawah di J1 dan pasukan ketiga teratas di J2 akanbertemu pada akhir musim dalam perlawanan ''play-off''. Pemenang ''play-off'' berhak untuk bertanding dalam J1 pada musim berikutnya.
 
== Liga ==
'''Tahap Satu''' - ''Profesional''
* [[J League J1]]
 
'''Tahap Dua''' - ''Profesional''
* [[J League J2]]
 
== Piala ==
'''Profesional'''
* [[Emperor Cup]]
* [[Piala FA Jepun]]
 
==Lihat juga==
*''[[Winning Eleven]]'' - permainan video resmi J. League
 
==Pautan luar==
*{{ja}} [http://www.j-league.or.jp/ Laman web rasmi]
 
[[Kategori:Kejohanan bola sepak Jepun]]
[[Kategori:Liga Jepun| ]]
[[Kategori:Liga perdana bola sepak|Jepun]]
 
[[de:J. League]]
[[en:J. League]]
[[es:J. League]]
[[fr:Championnat du Japon de football]]
[[it:J-League]]
[[nl:J-League]]
[[ja:日本プロサッカーリーグ]]
[[pl:J-League]]
[[pt:J. League]]
[[fi:J. League]]
[[sv:J. League]]
[[th:เจลีก]]
[[zh:日本職業足球聯賽]]