Messerschmitt Bf 109: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
laman baru
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 14:49, 13 April 2009

Messerschmitt Bf 109 merupakan sebuah pesawat pejuang Jerman yang digunakan semasa Perang Dunia II. Pesawat ini telah direka oleh Willy Messerschmitt pada awal tahun 1930-an. Ia merupakan salah sebuah pesawat pejuang yang benar-benar moden pada era itu, yang mana memiliki ciri-ciri seperti bahan binaannya keseluruhannya daripada logam monocoque, kanopi tertutup, dan giar pendaratan yang boleh ditarik masuk semula. Bf 109 telah dikeluarkan dalam jumlah yang besar berbanding dengan mana-mana pesawat pejuang dalam sejarah, dengan sejumlah 33,984 buah pesawat telah dihasilkan sehingga April 1945.[1] Jumlah pengeluarannya adalah sebanyak 47% dari jumlah keseluruhan pengeluaran pesawat Jerman, manakala jumlah pesawat Bf 109 adalah sebanyak 57% berbanding jumlah keseluruhan pesawat pejuang Jerman yang dikeluarkan.[2] Sejumlah 2,193 buah pesawat Bf 109 A-E telah dibina sebelum perang, dari 1936 sehingga Ogos 1939. Kira-kira 1,000 buah pesawat terbitan daripada Bf 109 telah dikeluarkan secara berlesen selepas perang seperti Avia S-99 & S-199s (buatan Czechoslovakia) dan Hispano Aviación HA-1109 dan HA-1112 Buchon (buatan Sepanyol).

Bf 109
Sebuah Messerschmitt Bf 109G-10 di Muzium Kebangsaan Tentera Udara Amerika Syarikat di Dayton, Ohio
Peranan Pesawat pejuang
Pengeluar Bayerische Flugzeugwerke
Messerschmitt
Direka oleh Willy Messerschmitt
Penerbangan sulung 28 Mei 1935
Diperkenalkan 1937
Dihentikan 1945, Luftwaffe
1965, Sepanyol
Status Dibersarakan
Pengguna utama Luftwaffe
Tentera Udara Hungary
Aeronautica Nazionale Repubblicana
Forţele Aeriene Regale ale României
Jumlah dibina lebih daripada 33,000
Kelainan Avia S-99/S-199
Hispano Aviacion Ha 1112

Rujukan

  1. ^ Note: Wartime production (September 1939 to May 1945) was 30,573 units.
  2. ^ Feist 1993, p. 45.

Pautan luar

Templat:Link FA Templat:Link FA