BATF: Perbezaan antara semakan

126 bait ditambah ,  16 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
'''BATF''' atau ATF ialah singkatan [[bahasa Inggeris]] untuk "Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan" (''Bureau of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives''). Ditubuhkan pada tahun [[1972]] ia pada awalnya berada di bawah Jabatan Perbendaharaan AS. Tetapi selepas 2002, unit penguatkuasaan ini kini berada di bawah [[Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat]],. iaATF merupakan sebuah badan penguatkuasa persekutuan yang bekerja rapat dengan agensi yang lain untuk membenteras sebarang jenayah yang berkenaan dengan [[alkohol]], [[tembakau]], [[senjata api]], [[letupan]] dan [[arson]].
 
Ibu pejabat ATF terletak di [[Washington]], walaupun kebanyakan kakitangannya serta operasinya adalah tersebar diseluruh [[Amerika Syarikat]], termasuk juga di beberapa negara di seberang laut. ATF terkenal dengan [[makmal|makmalnya]] yang dikhaskan untuk penyiasatan pelbagai jenis jenayah dari pembuatan alkohol sehinggalah bahan letupan.
Agensi ini telah ditubuhkan pada 1 Julai [[1972]] dan ia berasal dari salah satu unit di dalam [[Khidmat Hasil Dalam Negeri AS|Khidmat Hasil Dalam Negeri]] ''Internal Revenue Service''. Pada awal 1930an unit ini hanya terlibat dalam kawalan alkohol melalui ''Alcohol Tax Unit (ATU)''. Sewaktu era ini jenayah ''organized crime'' semakin menjadi-jadi di AS. Oleh itu senjata telah menjadi bahan kawalan di bawah Akta ''National Firearms Act 1934'', diikuti pula empat tahun kemudian dengan Akta ''Federal Firearms Act''. Pada [[1942]] tugas penguatkuasaan "Program Senjata" telah diserahkan kepada ATU. Manakala pada tahun [[1952]], kuasa pungutan cukai untuk [[senjata]] dan [[tembakau]] telah diberi kepada ATU. Pada 1968 dengan terlulusnya Akta ''Gun Control Act'', makmal ATU telah diberi kuasa untuk menyiasat [[jenayah]] yamg melibatkan [[senjata]] dan [[bahan letupan]].
 
Pada 1 Julai 1972 dibawah Orde No. 120-1 (pada asalnya No. 221),Jabatan PerbehendaraanPerbendaharaan, ATF secara rasminya telah dipisahkan daripada IRS dan menjadi agensi persekutuaan baru di bawah Jabatan PerbehendaraanPerbendaharaan AS. Semasa tahun 70an, ATF telah membuktikan kejayaanya untuk menyiasat kes-kes ''arson'' atau kebakaran. Pada 1982 selepas Akta ''Anti-Arson Act 1982'', [[Kongres AS|Kongres]] telah menyatakan bahawa ''arson'' ialah jenayah persekutuan, dan ini memberi tanggungjawab yang baru kepada ATF untuk menyiasat kebakaran komersial diseluruh negara.
 
Selama beberapa dekad, ATF telah menjadi sebuah badan yang berkuasa di AS. Selain mempunyai kuasa eksekutif iaitu sebagai badan penguatkuasaan, ia mempunyai kuasa untuk mengutip pelbagai jenis cukai. Beberapa kegagalan pada awal 90an telah menjatuhkan imej ATF iaitu pencerobohan [[Branch Davidian]] di [[Waco]], [[Texas]], dan insiden di [[Ruby Ridge]].
*Bureau of Alcohol, Tobacco, and Firearms telah dinamakan Bureau of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives dan diletak dibawah bidangkuasa Jabatan Kehakiman AS dan ia menjadi sebuah badan penguatkuasaan undang-undang. Walaaupun begitu nama singkatan "ATF" masih dikekalkan
 
*[[Alcohol and Tobacco Tax and Trade Bureau]] (TTB) telah dikekalkan dibawah Jabatan PerbehendaraanPerbendaharaan dan meneruskan operasinya sebagai badan pungutan cukai.
 
[[Kategori: Jabatan Kerajaan Amerika Syarikat]]
Pengguna awanama