Penghapusan pemerintahan beraja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Pada tahun 1893, pemimpin perniagaan menggulingkan Ratu di Hawaii untuk menubuhkan sebuah republik sebelum Hawaii menyertai [[Amerika Syarikat]] pada tahun 1898. Monarki di [[Portugal]] digulingkan pada tahun 1910, dua tahun selepas pembunuhan Raja Carlos I.
 
[[Perang Dunia I]] berkemungkinan membawa kepada kejatuhan besar monarki dalam sejarah. Keadaan di dalam [[Rusia]] dan prestasi buruknya ketika perang membawa kepada [[Revolusi Rusia 1917|revolusi komunis]] yang menggulingkan seluruh institusi monarki, menembak mati [[TzarTsar]] dan melaksanakan kerajaan diktator golongan bangsawan. Kekalahan empayar [[Jerman]], [[Austria]] dan [[Turki]] menyaksikan penghapusan monarki mereka selepas perang. Begitu juga dengan negara naungan Jerman seperti [[Finland]] dan [[Lithuania]] yang kedua-dua raja mereka hilang takhta selepas kekalahan Jerman pada bulan November 1918.
 
Pada tahun 1939, [[Itali]] melanggar [[Albania]] dan membuang Raja Zog untuk meletakkan Raja Itali sebagai raja baru Albania. Itali bersama dengan beberapa monarki di timur Eropah seperti Bulgaria, Hungary dan Romania menyertai Jerman di [[Perang Dunia II]] menentang [[Yugoslavia]], sekutu barat dan [[Soviet Union]]. Dengan kekalahan [[kuasa paksi]] dalam perang, golongan komunis di Yugoslavia merampas kuasa dan mengakhiri monarki. Golongan komunis di [[Bulgaria]], [[Hungary]] dan [[Romania]] membuang raja mereka dengan sokongan kuat Soviet Union yang mempunyai ramai tentera dan penyokong yang diletakkan di sana ketika peperangan. Raja Itali berubah menyokong sekutu barat tetapi dalam satu referendum pada tahun 1946, sistem monarki di sana dihapuskan juga. Maharaja Jepun yang memainkan peranan penting dalam perang dunia juga dikurangkan kepentingannya kepada hanya menjadi simbol negara.