Kharaj: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MelancholieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: bn:খারাজ
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Kharaj bermaksud cukai hasil tanah yang dikenakan ke atas orang bukan Islam. Dalam undang-undang syariah, '''Kharaj''' ialah cukai ke atas tanah pertanian. Kharaj tidak disebut dalam [[Quran]] atau [[Hadith]] tetapi lebih kepada [[ijma']] atau persepakatan ulama Islam dan sebahagian daripada tradisi islam atau [[urf]].
 
Dalam sejarah Islam, kharaj berupa duti yang dikenakan ke atas tanah yang telah dirampas daripada [[Empayar Byzantine]] dan [[Empayar Sassanid|Sassanid]], sama ada melalui peperangan atau damai. Jika perjanjian damai antara kaum Muslimin dan penduduk ini telah bersepakat mengatakan tanah tersebut adalah milik [[Daulah Islamiyah]] (negara), dan mereka mengakuinya dengan membayar kharaj, maka mereka harus menunaikannya. Kharaj menurut bahasa bermakna al-kara' (sewa) dan al-ghullah (hasil). Setiap tanah yang diambil daripada kaum kuffar dengan cara paksa, setelah diumumkan perang ke atas mereka, maka tanah teresbut dikategorikan sebagai tanah kharajiyah. Walaupun mereka masuk Islam selepas penaklukan itu, namun tanah tersebut statusnya masih tanah kharajiyah.