Saari Sungib: Perbezaan antara semakan

ahli politik Malaysia
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Saari Sungib''' Beliau adalah seorang anak tempatan Hulu Klang. Keluarga beliau telah menetap di AU 2C, Keramat sejak tahun 1979. Sekembalinya dari menuntu…'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 16:04, 26 April 2009

Saari Sungib

Beliau adalah seorang anak tempatan Hulu Klang. Keluarga beliau telah menetap di AU 2C, Keramat sejak tahun 1979. Sekembalinya dari menuntut di luar negara, beliau telah memberikan khidmat dan kebajikan kepada masyarakat sekita Hulu Klang.

Latarbelakang

Saari Sungib dilahirkan di Dengkil pada tahun 1957. Keluarganya telah berhijrah ke Kg Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1958. Beliau memulakan pendidikan awal di Sek. Keb. Jalan raja Muda, Kuala Lumpur (1964-1969).

Beliau adalah antara pelajar terbaik Selangor ketika itu dan telah dipilih melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh (1970-1976). Seterusnya beliau dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Mekanikal dan Bahan dengan kepujian dari University of Aston in Birmingham (1982) dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA with distinction) dari Unversity of Hull (1993). Beliau juga mempunyai Diploma (Lepasan Ijazah) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1984).

Saari Sungib berumah tangga dengan Puan Aliza Jaafar. Mereka dikurniakan 7 orang anak, mempunyai lima orang menantu dan sehingga kini mempunyai 7 orang cucu.

Profesional

Beliau adalah seorang juruperunding pengurusan dalam pembangunan organisasi, perancangan strategik dan sistem pengurusan kualiti ISO 9000. Menubuhkan antara syarikat perunding pengurusan bumiputera yang terawal pada tahun 1988 dan telah memberi khidmat perundingan kepada pelbagai organisasi awam dan swasta di Negara Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia. Antara organisasi di negara ini yang telah mendapat khidmat perundingan beliau termasuklah Petronas Carigali, Kemaman Supply Base, Toshiba, NEC, JVC, PERNEC, Proton, Perodua, TNB, Telekom Malaysia, PNB, BIMB, DBP, LKIM, JKR, JBA, JPS, KWSP dan LUTH.

Tokoh Masyarakat

Beliau merintis sistem dan institusi pendidikan Islam bersepadu dengan menubuhkan Sekolah Rendah Islam Al-Amin (1986) dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin (1990)

Beliau menaja penubuhan JIM (1989) dan menjadi Presiden JIM (1990-1999). Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) adalah sebuah gerakan dakwah, sosial dan kebajikan. Beliau juga telah membangunkan rangkaian tadika-tadika Islam dan kelab-kelab remaja.

Dalam bidang kebajikan, beliau bergiat cergas dalam membangunkan program-program khidmat kaunseling, khidmat kesihatan, motivasi keluarga bahagia dan pembangunan warga kilang.

Tokoh Agama

Walaupun berkelulusan sebagai seorang jurutera, beliau berusaha meningkatkan pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama. Berbekalkan Diploma (Lepasan Ijazah) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau terlibat aktif memberikan ceramah motivasi dan agama, kuliah-kuliah di beberapa surau dan masjid di sekitar Hulu Kelang.

Penulis

Sejak 1986 hingga kini, beliau telah menulis lebih 30 buah buku yang berkisar persoalan dakwah, reformasi masyarakat dan hak asasi manusia. Beliau juga menulis di akhbar-akhbar alternatif dan di internet mengenai isu-isu semasa dan pandangan-pandangan bagi memperbaiki kepincangan masyarakat.

Pengiktirafan Antarabangsa

Pada tahun 2001, Amnesty International telah memberi anugerah khas di atas sumbangan beliau dalam mempertahankan hak asasi manusia. Seterusnya pada tahun 2007, beliau telah diberikan penghormatan untuk melancarkan Amnesty Report bagi peringkat Malaysia.

Beliau telah diundang oleh beberapa organisasi di London, Dublin, Belfast, Jakarta, Tehran dan Cape Town, Afrika Selatan untuk menyampaikan ucapan di samping ditemubual oleh stesen-stesen radio dan TV dari Republik Korea, Australia, Singapura, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat.