Abu Bakar Chik: Perbezaan antara semakan

ahli politik dan guru Malaysia
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Abu Bakar Chik''' Berusia 57 tahun. Seorang aktivis parti dan pernah memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1987-1997 dan sekarang bergiat sebagai Ahli…'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 16:26, 26 April 2009

Abu Bakar Chik

Berusia 57 tahun. Seorang aktivis parti dan pernah memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1987-1997 dan sekarang bergiat sebagai Ahli Jawatannkuasa Kerja PAS Pusat.

Lahir di Kampung Masjid Tepoh, Kuala Terengganu pada tahun 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bukit Nenas, melanjutkan pelajaran ke Sekolah Arab sultan Zainal Abidin ladang dan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin di Batu Burok, Kuala Terengganu. seterusnya ke Kolej Islam Klang (KIK). tahun 1973 memasuki UKM hingga mendapat Ijazah Pertama Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan. Di UKM, beliau memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa UKM. Pada tahun 1977 beliau menubuhkan Insitut Berakan bersama rakan-rakannya di samping bergerak cergas dalam PAS, menjadi ADUN Jeram dan ditahan di bawah akta zalim lagi kejam ISA 1984 hingga 1986 di Kem Tahanan Perlindungan Kamunting (KEMTA), Taiping.

Mendapat pengalaman bersama dengan gerakan pelajar dalam negeri dan di luar negara sepanjang pengajian dan perjalannya ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Sudan, Iran, Pakistan, India, Yaman dan beberapa negara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.