Perbezaan antara semakan "Sungai Chao Phraya"

kemas
k (bot menambah: en:Chao Phraya River)
(kemas)
'''Sungai Chao Phraya''' atau "Menam Chao Phraya" adalah [[sungai]] terpanjang dan terpenting di negara [[Thailand]]. Panjangnya 372 kilometer mengalir dari utara [[Thailand]] menuju ke [[Teluk Thailand]] ([[Teluk Siam]]) di [[selatan]]. Sungai ini membentuk [[Lembah Chao Phraya]] atau 'Basin Chao Phraya'. [[Bangkok]] pesat membangun seperti sekarang kerana adanya sungai ini. Penduduk Bangkok seramai 8.1 juta orang amat bergantung hidup kepada sungai ini.
 
== Etimologi ==
Peta-peta yang dilukis ahli pelayaran [[Eropah]] menamakan [[sungai]] ini sebagai Mae Nam. Me bermaksud [[emak]]. Nam bermaksud [[air]]. Istilah Chao Phraya bermaksud Sungai [[Raja]] atau sungai milik [[Tuhan]].
 
== Geografi ==
Hulu sungai Chao Phraya iaitu [[Sungai Ping]] dan [[Sungai Nam]] berpunca dari wilayah [[Nakhon Sawan]] (Pak Nama Pho). Panjangnya 372 kilometer, lurus dan deras di hulu. Sampai di hilir membentuk [[delta]] sungai, [[terusan]] malah hampir membentuk [[tasik ladam]] . Kota [[Bangkok]] terletak 35 kilometer di utara [[Teluk Thailand]]. [[Air pasang]] di [[Teluk Thailand]] dan hujan raksasa semasa [[iklim monsun tropika]] menyebabkan Bangkok [[banjir]]. Banjir besar berlaku pada 1942, 1983 dan 1995.
 
Terdapat 3000 [[empangan]] sungai di seluruh Thailand yang dibina sejak tahun 1950-an lagi bagi mengatasi masalah banjir di selatan Thailand terutamaterutamanya di [[Bangkok]]. Empangan ini mempunyai pelbagai fungsi iaitu sebagai [[janakuasa elektrik]], bekasan air minuman dan pengairan sawah-sawah pagi.
 
Berhampiran dengan Bangkok terdapat banyak [[terusan]] yang dinamakan [[khlong]] . Khlong ini ada yang semulajadisemula jadi dan ada yang dikorek oleh manusia. Terusan semulajadisemula dibaikijadi dibaiki, ditambak, ditimbun guni-guni tanah dan dibina tembok konkrikkonkrit. Keseluruhannya terdapat 750 kilometer terusan di Thailand.
 
== Petempatan kiridi kanansepanjang sungai ==
kiri dan kananTebing sungai menjadi daya tarikan untuk penduduk ber[[sawah padi]] dan sungai menjadi jalan pengangkutan yang baik dan murah. Antara bandar di sepanjang sungai Chao Phraya ialah [[Nakhon Sawan]], [[Uthai Thani]], [[Chainat]], [[Singburi]], [[Ang Thong]], [[Ayutthaya]], [[Pathum Thani]], [[Nonthaburi]], [[Bangkok]] dan [[Samut Prakan]].
 
Terdapat pelbagai daya tarikan di sepanjang sungai ini. [[Pasar terapung]] di sungai ini menjadi daya tarikan pelancong. Kota purba [[Ayuthayya]] terletak di tepian sungai. Air pasang , limpahan air hujan dan kawasan air sawah padi dilakukan oleh pintu terusan .
 
== Jambatan ==
Banyaknya sungai dan terusan memerlukan banyaknya [[jambatan]]. Antara jambatan yang terpenting berhampiran kota Bangkok ialah :
* Jambatan Rama VI - jambatan kereta api
* Jambatan Phra Pin-klao, dekat Grand Palace
* Jambatan Rama VIII, jambatan kabel
* Jambatan Rama IX, jambatan semi kabel
* Jambatan Mega , sebahagian lingkaran kawasan industri.
 
== Pengangkutan ==
Pengangkutan sangat penting di sepanjang sungai dan terusan. Pihak kerajaan dan swasta menyediakan bot penambang yang dikendalikan oleh Chao Phraya Express Boat, Bangkok Boat Express Lines, dan Sathon-Klong Toei Express Boat. Terdapat 15 buah syarikat bot beroperasi dengan cekap, murah dan pantas untuk bergerak dari destinasi ke satu destinasi sambil menikmati keindahan sepanjang sungai.
 
== Cawangan sungai ==
Terdapat banyak cawangan dan ranting sungai berkaitan dengan Sungai Chao Phraya. Antaranya ialah [[Sungai Pa Sak]], [[Sungai Sakae Krang]], [[Sungao Nan]], [[Sungai Yom]] , [[Sungai Ping]] , [[Sungai Wang]] dan [[Sungai Ta Chin]]. Lembangan sungai memnbentuk pola ranting pokok. Sungai-sungai ini juga menjadi sempadan antara negara dan antara daerah dan antara mukim-mukim di Thailand.
 
== Tadahan hujan ==
Sungai Chao Phraya bukan sahaja membentuk [[Lembah Chao Phraya]] tetapi juga [[Lembah Pz Sak]], [[Lembah Sake Krang]], [[Lembah Ban Besar]], [[Lembah Ping Besar]] dan [[Lembah Tha Chin]]. Luas keseluruhan lembangan ini ialah 157,924 kilometer persegi atau 35 % keluasan negara Thailand. Luas [[Lembah Chao Phraya]] ialah 20,126 km persegi.
 
== Delta Chao Phraya ==
Sungai Chao Phraya dan [[Sungai Tha Chin]] terletak sebelah menyebelah , mengalir ke [[Teluk Thailand]]. Kawasan ini banyak pulau-pulau akibat pembentukan terusan (khlong). Mendapan tanah liat [[aluvium]] dari hulu menyebabkan tanahnya subur untuk ditanam dengan padi sawah. Padi sawah yang dikeluarkan oleh petani Thailand terkenal bermutu tinggi, sedap , beratbera , bersaiz panjang dan wangi. Oleh itu Thailand mampu mengeksport padi ke seluruh dunia terutama ke [[Malaysia]] dan [[Singapura]].
 
[[Kategori:Sungai di Thailand|Chao Phraya]]
 
[[id:Sungai Chao Phraya]]
65,389

suntingan