Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
Seterusnya dia mendalami dunia penyiaran apabila berhijrah ke [[Astro]] sebagai penulis skrip Salaam Bollywood selama lima bulan. Ketika itu pengacaranya ialah [[Sharifah Amani]]. Tidak lama selepas itu Ann menimba pengalaman di [[TV9]] pula sebagai penolong penerbit rancangan Kompas dan Seputar Malaysia selama enam bulan.
 
Selepas berjinak-jinak dengan dunia penyiaran, Ann melebarkan sayapnya ke konti radio apabila bergelar penyampai radio di [[red 104.9]] mengendalikan segmen red X-press. Ketika itu teman seperjuangannya ialah pelakon remaja, Raja Farah dan bintang [[Akademi Fantasia|Akademi Fantasia 2]] (AF2), Anding.
 
Anne menghadiri uji bakat untuk radio [[Hot Fm]] pada tahun 2006 ibarat langkah kanan apabila dia diserapkan sebagai
penyampai radio itu. Anne berkeudara bersama seorang lagi penyampai, Ikhwan setiap Isnin hingga Jumaat jam 8 malam hingga 12 malam dalam segmen [[Hot FM|Hot FM JamZon]].
 
Anne kini semakin menguasai bidang pengacaraan pula, Anne merupakan hos bersama Faizal [[OIAM]] dalam rancangan realiti terbaru, [[Gang Starz]] yang disiarkan secara langsung menerusi [[TV3 (Malaysia)|TV3]] sebuah rangkaian [[Media Prima|MEDIA PRIMA BHD.]] pada setiap hati AHAD Jam 9.00 Malam.