Maktab Sultan Abu Bakar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rarefinds (bincang | sumb.)
Baris 50:
 
'''English College Dalam Zaman Millenium'''
Pada tahun 2001 blok kejuruteraan, dan auditorium mini siap dibina. Tahun 2005 mencatat pencapaian terbaik PMR bagi Daerah Johor Bahru apabila tiga orang pelajar MSAB terpilih sebagai calon PMR Terbaik Peringkat Kebangsaan. Pengesahan oleh Kementerian Pelajaran, MSAB sebagai Sekolah Premier. Tahun 2007, Syarikat Excellent Crew MSAB meraih anugerah Syarikat Terbaik dan Perkhidmatan Terbaik dalam Konvensyen Usahawan Muda ke-11.PMR 2007 sekali lagi mencatat keputusan cemerlang apabila seorang pelajar MSAB terpilih sebagai pelajar PMR cemerlang negeri Johor. Pada 8 Julai 2008 bersamaan dengan 5 Rejab 1429 Hijrah, Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar telah berkenan untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembinaan Dewan Serbaguna MSAB yang baru. Pada tahun ini juga MSAB telah meraih gelaran juara dalam Kejohanan Olahraga MSSD dengan menampilkan seorang pelajar MSAB sebagai Olahragawan Terbaik Lelaki Bawah 15 Tahun.
 
 
'''MAKTAB SULTAN ABU BAKAR (ENGLISH COLLEGE) SEBAGAI SEKOLAH BERTARAF KLUSTER KECEMERLANGAN'''
Pada 5 Mei 2009 Maktab Sultan Abu Bakar secara rasminya telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan. MSAB telah dipilih berdasarkan kecemerlangan maktab dalam pelbagai aspek seperti kecemerlangan dalam pencapaian Sukan Paralimpik, kecemerlangan dalam pencapaian matapelajaran Matematik dalam peperiksaan PMR dan SPM serta bagi memberi pengikhtirafan kepada program-program yang telah dianjurkan oleh MSAB umpamanya mewujudkan Muzium Tun Hussein Onn dan Galeri Seni Visual MSAB.
 
Penubuhan [http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/kluster/ Sekolah Kluster] terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
 
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
 
Sekolah Kluster telah diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.
 
=='''Pautan luar'''==