Maktab Sultan Abu Bakar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rarefinds (bincang | sumb.)
Rarefinds (bincang | sumb.)
Baris 23:
Pada tahun 2001 blok kejuruteraan, dan auditorium mini siap dibina. Tahun 2005 MSAB mencatat pencapaian terbaik PMR bagi daerah Johor Bahru apabila tiga orang pelajar MSAB terpilih sebagai calon PMR Terbaik Peringkat Kebangsaan. Pengesahan oleh Kementerian Pelajaran, MSAB sebagai Sekolah Premier. Tahun 2007, Syarikat Excellent Crew MSAB meraih anugerah Syarikat Terbaik dan Perkhidmatan Terbaik dalam Konvensyen Usahawan Muda ke-11. PMR 2007 sekali lagi mencatat keputusan cemerlang apabila seorang pelajar MSAB terpilih sebagai pelajar PMR cemerlang negeri Johor. Pada 8 Julai 2008 bersamaan dengan 5 Rejab 1429 Hijrah, Tunku Mahkota Johor, DYMM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar telah berkenan untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembinaan Dewan Serbaguna MSAB yang baru. Pada tahun ini juga MSAB telah meraih gelaran juara dalam Kejohanan Olahraga MSSD dengan menampilkan seorang pelajar MSAB sebagai Olahragawan Terbaik Lelaki Bawah 15 Tahun.
Seterusnya pada 5 Mei 2009 Maktab Sultan Abu Bakar secara rasminya telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah 'Sekolah [http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/kluster/ Sekolah Kluster] Kecemerlangan'. MSAB telah dipilih berdasarkan kecemerlangan maktab dalam pelbagai aspek seperti kecemerlangan dalam pencapaian Sukan Paralimpik, kecemerlangan dalam pencapaian mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan PMR dan SPM serta bagi memberi pengiktirafan kepada program-program yang telah dianjurkan oleh MSAB umpamanya mewujudkan Muzium Tun Hussein Onn dan Galeri Seni Visual MSAB.
 
== Pautan luar ==