Taman Tergantung Babylon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Gardens color.jpg|200px|thumb|right|Taman Tergantung Babylon. Gambar adalah hak cipta [http://ce.eng.usf.edu/pharos/wonders/faq.html#painting © M. Larrinaga]]]
{{Tujuh Keajaiban Dunia}}
'''Taman Tergantung Babylon''' (juga dikenali sebagai '''Taman Tergantung Semiramis''') dan tembok-tembok [[Babylon]] (kini [[Iraq]]) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada [[Tujuh Keajaiban Dunia]]. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja [[Nebuchadnezzar II]] (604-562 BC), anak kepada [Nabopolassar] yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, [[Iraq]] di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.
 
Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan [[Skru Archimedes]] untuk mengangkat air ke tempat tinggi.