Punk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MelancholieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: en:Punk subculture
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
[[Image:Conflict.jpg|thumb|right|250px|Remaja punk menunjukkan pemberontakan politik melalui muzik]]
 
Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik [[rock punk]]. Pemberontakan dan “anti-establishment” berkait rapat dengan budaya ini, yang bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan remaja. Pengaruh punk telah tersebar ke seluruh dunia sejak itu dan berkembang menjadi beberapa sub-budaya lain seperti hardcore punk, Oi!, psychobilly, goth, [[emo]], pop punk dan sebagainya.
 
==Sejarah==
Baris 22:
Budaya punk yang meledak pada tahun 1977 memperkenalkan jeans dan pakaian yang telah dikoyak, Boots Doc Martens, pakaian serba hitam, seluar ketat (skinny pants), rambut fesyen Mohawk, stail terpacak, dan juga rambut yang diwarnakan dengan pelbagai warna (menentang rambut panjang hippie). Jaket rockers, tali pinggang studded, T-shirt tanpa lengan, pop art sinonim dengan fesyen punk. Pengikut punk juga membuat tatu dan menindik bahagian badan mereka. Aksesori seperti rantai besi, gelang tangan spikes, pins, lencana, simbol Nazi, salib terbalik dan Anarki, juga popular. T-shirt punk selalunya mempunyai slogan politik, mengejutkan dan offensif. Selain itu, sebilangan punk juga mengenakan fesyen S&M, memakai solekan tebal, dan cross-dressing. Jenama seperti Chuck Taylors, Doc Martens, Nike dan Adidas popular di kalangan pengikut punk.
 
Pada tahun 1990-an dan 2000-an fesyen Skate-punk popular di kalangan remaja, dipopularkan oleh band seperti Blink 182, Nofx dan Green Day. Fesyen Skate-punk yang lebih sederhana lebih kepada hoodies, beanie hat, seluar pendek dan baggy, aksesori skating, T-shirt band, dan stail rambut mohawk dan terpacak yang tipikal. Pada tahun 2004, [[Green Day]] dan band band emo yang lain memperkenalkan imej punk yang baru, seperti pakaian serba hitam, tali leher, seluar ketat, eyeliners, dan stail emo.
 
Pada awal 1980-an, walaupun medapat imej negatif, golongan punk menjadi tarikan pelancong dan juru gambar di London disebabkan fesyen dan kelakuan mereka. Di awal mereka mula mendapat perhatian, punk mendapat serangan hebat oleh golongan masyarakat dan juga pengikut sub-budaya lain seperti skinheads, mods, bikers, dan metalhead. Di samping itu pengikut punk juga sering menyerang pengikut muzik disko dan sesiapa saja yang dianggap "hippie".