Kereta lembu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
Melencong ke Kereta lembu
Baris 1:
#REDIRECT [[Kereta lembu]]
[[Imej:YosriKeretaLembu.jpg|thumb|200px|Kereta lembu yang terletak di hadapan [[Pasar Seni]].]]
[[Imej:National Museum KL 2008 157 pano.jpg|thumb|200px|Kereta kuda dan kereta lembu di Muzium Negara]]
Dahulunya, '''kereta lembu''' digunakan sebagai pengangkutan oleh orang-orang kaya di [[Melaka]].
 
Ciri-ciri yang membezakan kereta lembu Melaka ini dengan yang lain adalah bumbungnya yang berbentuk seperti tanduk lembu yang berwarna-warni. Perjalanan untuk mengelilingi [[Hutan Rekreasi Ayer Keroh]] dikenakan bayaran sekurang-kurangnya hanya RM1.00 seorang.
 
Selain dari kereta lembu yang digunakan di [[Melaka]] pada zaman Abdullah dan sebelumnya itu terdapat juga keterangan mengenai '''kereta kerbau''' atau pedati kerbau. Pada kebiasaannya pedati ini digunakan di kawasan bandar dan persekitarannya sahaja bagi tujuan menarik barang-barang. Abdullah ada menggambarkan pedati kerbau yang digunakan di zamannya itu dengan menceritakan bahawa:
 
:"Maka dengan seketika itu juga diberinya perintah menyuruh bawa mayat itu, lalu dimasukkannya ke dalam pedati kerbau, maka disuruhnya canangkan berkeliling negeri..."
 
Kereta kerbau ini didapati masih digunakan sehingga ke pertengahan abad ke-20. Ia dimonopoli oleh [[orang Cina]] yang tinggal di [[Bandar Melaka]], bagi tujuan menarik barang-barang seperti papan, beras, batu-bata dan sebagainya di dalam lingkungan perbandaran sahaja. Di kawasan kampung-kampung di kalangan petani Melayu kereta ini tidak digunakan.
 
Pada asalnya sebelum wujudnya kereta-kereta yang beroda di kalangan masyarakat petani di kampung-kampung, mereka telah tahu menggunakan sejenis sistem pengangkutan yang dipanggil "bentang". Kereta bentang ini tiada beroda dan ditarik oleh binatang seperti kerbau dan lembu. Penggunaan sistem pengangkutan ini bertujuan untuk faedah diri sendiri seperti menarik padi, kayu api dan barang lain yang berat-berat. Kenderaan ini biasanya dapat dilihat di sawah padi dan dusun terutama dalam tahun-tahun 1880-an. Sekarang ini kereta kerbau atau pedati kerbau tidak lagi digunakan.
 
[[Kategori:Kenderaan]]
 
[[en:Bullock cart]]
[[ml:കാളവണ്ടി]]
[[ta:மாட்டு வண்டி]]
[[te:ఎద్దుల బండి]]