Perang Salib Kesembilan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 47:
 
Sebaik sahaja tiba di Acre, Edward telah melakukan beberapa cubaan untuk membentuk [[perikatan Perancis-Mongol]] dengan menghantar utusan kepada pemerintah [[Empayar Mongol|Mongol]] di [[Parsi]], [[Abagha]] yang merupakan musuh orang Islam. Utusan itu diketuai Reginald Rossel, Godefroi of Waus and John of Parker. Misinya adalah untuk memperoleh sokongan ketenteraan daripada orang Mongol.<ref>"Histoire des Croisades III", Rene Grousset, p.653. Grousset quote a contemporary source ("Eracles", p.461) explaining that Edward contacted the Mongols "por querre secors" ("To ask for help")</ref> Dalam satu jawapan bertarikh 4 September 1271, Abagha bersetuju untuk bekerjasama dan menanyakan tarikh serangan bersama terhadap orang Mamluk akan dilancarkan.
 
Ketibaan tentera tambahan pimpinan Hugh III dari Cyprus mengukuhkan lagi keberanian Edward yang sedang menyerang bandar [[Qaqun]]. Pada penghujung bulan Oktober 1271, satu pasukan tentera kecil orang Mongol tiba di Syria dan menjarah kawasan-kawasan dari [[Aleppo]] ke arah selatan. Bagaimana pun, Abagha yang sibuk dengan konflik lain di [[Turkestan]] hanya dapat mengirim 10,000 orang tentera berkuda Mongol diketuai panglima [[Samagar]]. Di sebalik pasukan tentera yang agak kecil, ketibaan mereka masih mencetuskan eksodus populasi orang Islam (yang mengingati kempen [[Kithuqa]] sebelumnya) ke selatan sejauh ke [[Kaherah]].<ref>"Histoire des Croisades III", Rene Grousset, p.653.</ref>
 
==Catatan==