As-Salih Ayyub: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan 'Nama beliau ialah Malik as-Salih Najm al-Din Ayyub Malik al-Aadil II digantikan oleh saudaranya, Malik as-Salih. Beliau telah memerintah bermula pada tahun 637…'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 05:22, 19 Mei 2009

Nama beliau ialah Malik as-Salih Najm al-Din Ayyub Malik al-Aadil II digantikan oleh saudaranya, Malik as-Salih. Beliau telah memerintah bermula pada tahun 637H/1240M sehingga tahun 647H/1249M. Malik as-Salih telah terlibat dalam Perang Salib keenam dan beliau mempunyai anak yang bernama al-Mu’azzham Turan Syah. Beliau juga mempunyai seorang isteri iaitu Shajarah al-Durr yang bijak dalam urusan pentadbiran negara setelah kemangkatannya. Bapa saudaranya telah merampas Damsyiq. Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan Eropah (frank), as-Salih Ismail telah menyerahkan istana Shekif, Safad, Tabariah (Tiberias) dan as-Salih Ayyub. Beliau telah mara dari Kaherah ke Syam bersama-sama dengan jumlah tentera yang ramai. Beliau juga telah menawan Jurusalem pada tahun 1244M (International Encyclopedia of Islamic Dynasties 2005:228).

Gabungan tentera Eropah dan Syam di bawah pimpinan as-Salih Ismail dan selepas itu orang Mesir telah mendapat kembali Damsyiq dan ‘Asqalan. Al-Malik as-Salih telah berjaya melumpuhkan semua kekuatan mereka pada tahun 642H/1244M. Dengan ini, beliau telah dapat mengembalikan semula Bait al-Maqdis ke pangkuan kekuasaan Islam. Melalui kemenangan ini, umat Islam berasa amat gembira. Sewaktu tentera Salib mara menuju ke Kaherah pada tahun 647H/1249M, Malik as-Salih sedang sakit tenat dan telah mangkat pada bulan Sya’ban 647H/ November 1249M. Dalam suasana genting ini, isteri beliau iaitu Shajarah al-Durr telah merahsiakan kemangkatan beliau. Dengan cara ini dapat menyelamatkan situasi Kerajaan Ayyubiyah pada waktu itu. Selepas kemangkatan beliau, Shajarah al-Durr telah menguruskan semua pentadbiran negara bersama-sama dengan para panglima. Beliau juga telah mengeluarkan arahan-arahan perang di atas nama Sultan al-Malik as-Salih sementara menunggu kepulangan anak Malik as-Salih iaitu al-Malik as-Mu’azzham Turan Syah (Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy.1998:164).


Malik as-Salih Najmuddin Ayub juga telah membeli hamba atau lebih dikenali dengan golongan Mamluk untuk berkhidmat sebagai pasukan tentera dan pasukan keamanan. Hal ini kerana beliau kurang disukai oleh bangsa Kurdi. Beliau membeli golongan Mamluk ini dengan tujuan memperbanyakkan pasukan untuk menjaga dan mempertahankan kerajaan serta memperkuatkan struktur kekuasaan. Beliau juga telah melantik para tenaga pengajar untuk mendidik dan mengajar mereka mengenai tugas-tugas ketenteraan termasuk cara menggunakan senjata dan pendidikan agama serta penggunaan bahasa Arab. Beliau telah membeli golongan Mamluk yang berasal daripada keturunan Turki dari negeri Khazar, Kaukus dan kawasan pantai Laut Hitam. Beliau juga membina benteng di Pulau al-Raudhah yang terletak di Sungai Nil dan menempatkan mereka di situ. Mereka dikenali dengan Mamluk Bahri atau Mamluk Turki. Dalam kalangan Mamluk tersebut telah muncul beberapa tokoh perwira yang cemerlang dan memiliki kemahiran serta kepakaran dalam peperangan (Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy.1998:170).