Kawasan rehat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Melencong ke Kawasan rehat
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 115.132.235.239 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 124.13.179.156
Baris 1:
[[Image:Virginia Rest Area.jpg|thumb|320px|right|Kawasan rehat dan rawat (arah utara) di Batu 262, [[Lebuhraya Interstate 81]], [[Rockingham County, Virginia]].]]
#REDIRECT [[Kawasan rehat]]
'''Kawasan rehat dan rawat''' ataupun '''kawasan rehat''' merupakan satu kemudahan awam di tepi [[lebuh raya]] di mana pengguna lebuh raya boleh berhenti sambil berehat, makan, ataupun mengisi minyak. Kemudahan yang terdapat di kawasan rehat dan rawat termasuklah tempat meletak kenderaan, [[stesen minyak]], [[tandas]], [[restoran]] serta gerai makanan. Kawasan rehat yang mempunyai kemudahan yang terhad kepada tempat meletak kenderaan serta tandas dipanggil '''hentian sebelah'''.
 
== Sepintas lalu ==
Piawaian bagi kawasan rehat mungkin berbeza mengikut tempat. Di samping untuk [[kereta]] dan [[motosikal]], kawasan rehat juga mempunyai tempat meletak kenderaan berat seperti [[bas]], [[lori]] dan kenderaan rekreasi.
 
Kebanyakan kawasan rehat dan rawat kendalian kerajaan terletak di kawasan luar bandar yang terpencil dan selalunya tiada kemudahan [[restoran]] [[makanan segera]], [[stesen minyak]], motel ataupun kemudahan lain yang terdekat untuk para pengembara. Lokasi kawasan rehat sering ditandakan di papan tanda lebuh raya; contohnya "Kawasan Rehat dan Rawat Seremban - 10 km".
 
Selalunya maklumat pemanduan seperti [[peta]] dan maklumat tempatan lain sering terdapat di kawasan sebegini. Sesetengah kawasan rehat turut mempunyai pasukan [[peronda lebuh raya]] yang bertugas. Selain itu, kawasan rehat mungkin juga terdapat [[mesin jualan]], [[telefon]] awam, [[stesen minyak]], [[restoran]] atau [[kedai serbaneka]].
 
Kawasan rehat dan rawat komersial swasta biasanya terdiri daripada pusat rehat yang lengkap dengan [[stesen minyak]], [[arked permainan video]], pusat rekreasi, serta [[restoran makanan segera]], [[kafeteria]] atau [[medan selera]] di bawah satu bumbung di sebelah lebuh raya. Sesetengahnya turut menawarkan kemudahan untuk perniagaan seperti [[mesin juruwang automatik]], [[faksimile]] serta capaian [[internet]].
 
Di negara-negara [[negara Islam|Islam]] seperti [[Malaysia]], kawasan rehat di lebuh raya turut menyediakan kemudahan surau bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat di sepanjang perjalanan melebihi 90 km (2 marhalah; 1 marhalah ≈ 45 km).
 
Di lebuh raya, kawasan rehat dan rawat boleh terdiri daripada salah satu daripada konfigurasi berikut:-
* Di tepi lebuh raya, dicapai sehala melalui sebelah bahagian lebuh raya sahaja (paling lazim).
* Di tepi lebuh raya, dicapai melalui kedua-dua belah lebuh raya melalui [[persimpangan bertingkat]].
* Di bahagian pembahagi lebuh raya ("pulau"), boleh dicapai melalui kedua-dua belah lebuh raya.
* Restoran jejantas, terletak di atas lebuh raya dan boleh dicapai melalui kedua-dua belah lebuh raya.
 
== Galeri ==
<gallery>
Imej:Honshu Shikoku contact bridge.jpg|Kawasan Rehat dan Rawat di [[Lebuhraya Kobe-Awaji-Naruto]], [[Jepun]].
Imej:Perak_River_rest_area.jpg|Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak, [[Lebuhraya Utara-Selatan]], Malaysia.
Image:Americanexitservicessigns.jpg|Papan tanda ke kawasan rehat dan rawat di [[Reno]], [[Nevada]].
</gallery>
 
== Lihat juga ==
{{commonscat|Rest areas}}
* [[Stesen minyak]]
 
== Pautan luar ==
* [http://motorwayservicesonline.co.uk/ Motorway Services Online]
* [http://www.msatrivia.co.uk Motorway Services Trivia website]
* [http://www.illinoistollway.com/portal/page?_pageid=53,35056,53_35073&_dad=portal&_schema=PORTAL Illinois State Toll Highway Authority - Oases Services]
* [http://www.illinoisoases.com Official Illinois Oases Web Site - Belvidere]
=== Contoh lokasi kawasan rehat dan rawat ===
* [http://www.tripcheck.com/Pages/RAentry.asp TripCheck - Oregon Department of Transportation]
* [http://www.wsdot.wa.gov/biz/restareas/restareamap.htm WSDOT Safety Rest Areas Map]
* [http://www.dot.ca.gov/hq/maint/ra/Statewide.htm California List of Safety Roadside Rest Areas]
 
[[Kategori:Infrastruktur jalan]]
 
[[de:Autobahnparkplatz]]
[[en:Rest area]]
[[fr:Aire de repos]]
[[nl:Verzorgingsplaats]]
[[ja:サービスエリア]]
[[no:Rasteplass]]
[[pl:Miejsce Obsługi Podróżnych]]
[[sv:Rastplats]]
[[zh:服务区 (公路)]]