Perbadanan Usahawan Nasional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Syafrein (bincang | sumb.)
Penambahan
Baris 1:
'''Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)''' ialah badan [[nasional]] yang ditubuhkan untuk pembangunan [[usahawan]] [[Bumiputera]] di [[Malaysia]]. Tumpuan utama penubuhannya ialah untuk membangun usahawan Bumiputera dalam [[perniagaan]] strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan [[Dasar Pembangunan Negara]] untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.
 
TumpuanPUNB utama PUNBmenjadi ialahnadi penggerak untuk membangun usahawan Bumiputera dalamtulen [[perniagaan]]yang strategikprofesional dan berpotensiberetika tinggi selarasyang dengan [[Dasar Pembangunan Negara]] untuk melahirkan [[Masyarakat Perdaganganpenglibatan dan Perindustriansumbangan Bumiputera]]mereka (MPPB)penting yangkepada dinamik,pembangunan berdaya tahan danekonomi progresifnegara.
 
PUNB menjadi nadi penggerak untuk membangun usahawan Bumiputera tulen yang profesional dan beretika tinggi dimana penglibatan dan sumbangan mereka penting kepada pembangunan ekonomi negara.
 
==Latarbelakang==
Baris 26 ⟶ 24:
#Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di dalam industri strategik.
#Menyalurkan budaya keusahawanan dikalangan usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.
 
==Budaya Korporat==
 
Budaya Korporat PUNB dirangka untuk memberi inspirasi kepada wargakerja, usahawan dan masyarakat Bumiputera mengukur aktiviti mereka ke tahap tertinggi dalam kecemerlangan keusahawanan dan nilai-nilai dalam selok-belok dan tatacara perniagaan.
 
Faktor penting Budaya Korporat ialah [[Profesionalisme]], [[Kommersialisme]] dan [[Etika]]. Hanya usahawan tulen sahaja dapat menghayati kesemua faktor ini berusaha untuk mencapai dan melintasi had kecemerlangan akan berjaya.
 
Disamping modal, pasaran dan pengetahuan teknologi, kejayaan dalam perniagaan bergantung kepada sikap dan nilai usahawan itu sendiri. Tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan jika usahawan tidak mempunyai semangat dan amalan Budaya Korporat.
'''Profesionalisme'''
 
''Keterampilan Pengurusan Perniagaan''
 
Berpengetahuan dan bijak dalam semua aspek pengurusan.
 
''Pengurusan Sistematik dan Berdisplin''
 
Prihatin terhadap kepentingan disiplin dan penggunaan proses serta prosedur kerja yang sistematik.
 
''Kemahiran Berunding''
 
Mampu memastikan rundingan berakhir dengan kejayaan yang menguntungkan pihak yang terlibat.
 
''Tegas dan Berwawasan''
 
Bijak dan tegas dalam membuat keputusan serta mempunyai wawasan yang jelas dalam perniagaan.
 
''Kreativiti yang Tinggi''
 
Prihatin kepada keperluan penyelidikan dan pembangunan dalam meneruskan daya cipta dan inovasi yang tinggi untuk terus berjaya dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif.
 
'''Komersialisme'''
 
''Bijak Menghadapi Risiko''
 
Faham dan arif dalam menguruskan risiko perniagaan yang diceburi.
 
''Barangan dan Perkhidmatan Berkualiti''
 
Berusaha untuk memastikan mutu barangan dan perkhidmatan memenuhi kehendak pelanggan dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti secara berterusan.
 
''Perkhidmatan Penghantaran''
 
Memastikan ketepatan masa dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan serta dengan khidmat susulan yang sentiasa cemerlang.
 
''Kos Pengeluaran Minimum''
 
Berusaha untuk meminimumkan kos pengeluaran supaya harga barangan mampu bersaing di pasaran tanpa menjejaskan teknologi terkini untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti.
 
'''Beretika'''
 
''Nilai Etika yang Tinggi''
 
Mempunyai dan mempraktikkan nilai dan etika yang tinggi dalam mengurus perniagaan.
 
''Prinsip Pengurusan yang telus''
 
Segala urusniaga mesti dikendalikan melalui amalan pengurusan yang berhemah dan
telus.
 
''Keseimbangan Antara Tanggungjawab Komersial dan Sosial''
 
Kepentingan komersial mesti diseimbangkan dengan tanggungjawab masyarakat dan alam sekitar.
 
''Jujur dan Amanah''
 
Kredibiliti dan integriti yang tinggi amat penting bagi seseorang untuk terus dihormati.
 
''Komitmen, Kesetiaan dan Kerjasama''
 
Memberikan komitmen dan kesetiaan sepenuhnya kepada organisasi dan sentiasa berusaha untuk bekerjasama dengan semua pihak.
 
== Pautan luar ==