Thabo Mbeki: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 38:
Lahir dan dibesarkan di [[Idutywa]] ([[Transkei]]), apa yang dipanggil sebagai provinsi [[Eastern Cape]] Afrika Selatan, Mbeki merupakan satu daripada empat anak [[Epainette Mbeki|Epainette]] dan [[Govan Mbeki]]. Bapanya merupakan seorang 'stalwart' [[Kongres Kebangsaan Afrika]] (ANC) dan [[Parti Komunis Afrika Selatan]]. Bahasa ibunda beliau ialah [[bahasa Xhosa]]. Ibubapanya merupakan guru dan aktivis di kawasan kekuatan ANC, dan Mbeki menggambarkan dirinya sebagai "lahir ke dalam pertelagahan"; satu potret [[Karl Marx]] duduk di dalam gambar keluarga, dan satu potret [[Mohandas Gandhi]] tergantung di dinding.<ref name="govan"/>
 
Mbeki belajar di sekolah rendah di [[Idutywa]] dan [[Butterworth, Afrika Selatan|Butterworth]] dan mendapat pendidikan persekolahan tinggi di [[Lovedale]], [[Alice]]. Dalam tahun 1959, beliau telah dikeluarkan dari sekolah disebabkan dan dipaksa untuk belajar di rumah. Dalam tahun yang sama, beliau menduduki peperiksaan matrikulasi di Sekolah Tingi St. John, Umata. Dalam tahun-tahun pengajian, beliau melengkapkan peperiksaan "A" level dan mengambil sarjana ekonomi sebagai pelajar luar dengan [[University of London]]. Semasa zaman ini, ANC telah dibatalkan dan Mbeki telah terlibat dengan aktiviti bawah tanah di kawasan [[Pretoria]]-[[Witwatersrand]]. Beliau juga terlibat dalam menggerakkan pelajar dalam menyokong seruan ANC supaya duduk di rumah sebagai satu protes menentang pembentukan satu republik.
 
==Perletakan jawatan==