Krisis politik Perak 2009: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 78:
Pada 11 Mei 2009, [[Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur]] mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu. Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.<ref name=mkini511>{{cite news|title=Hakim: Nizar MB Perak yang sah |publisher=Malaysiakini |date=2009-05-11 |url=http://www.malaysiakini.com/news/104038 |accessdate=2009-05-12}}</ref> Abdul Aziz menjelaskan bahawa tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar yang boleh menyebabkan beliau hilang kepercayaan majoriti ADUN mengikut Perkara 16(6) [[Undang-undang Tubuh Negeri Perak]], tambahan pula Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara yang sama.<ref name=mkini511/>
 
Pada hari kemudiannya, Nizar akhirnya melaporkan diri untuk bertugas selaku Menteri Besar Perak.<ref>{{cite news|title=Nizar reports for work |publisher=The Malaysian Insider |author=Teoh, Shannon |date=2009-05-12 |url=http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/26169-nizar-reports-for-work |accessdate=2009-05-12}}</ref> Bagaimanapun, jawatan beliau ditarik balik secara tiba-tiba apabila hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali meluluskan penangguhan pelaksanaan keputusan kepada Zambry, sekaligus sini menetapkan 21 Mei bagi mendengar rayuan Zambry dan permohonan Nizar.<ref>{{cite news|title=Rayuan Zambry Dan Permohonan Nizar Didengar Khamis |date=2009-05-15 |publisher=Bernama |url=http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=411379 |accessdate=2009-05-22}}</ref>Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Nizar, atas hujah bahawa "bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN."<ref>{{cite news|title=Hakim: Zambry MB sah Perak |publisher=Malaysiakini |date=2009-05-22 |url=http://www.malaysiakini.com/news/104895 |accessdate=2009-05-22}}</ref>
 
== Lihat juga ==