Akhil Hayy Rawa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
Ustaz '''Akhil Hayy''' merupakan sebuah [[Senarai penyanyi Malaysia|penyanyi]] [[nashid]] yang aktif di [[Malaysia]]. Ustaz Akhil Hayy menyampaikan lagu-lagu [[Melayu]].
 
'''Akhil Hayy Rawa''' atau nama sebenarnya '''Akhil Abdul Hayy''' adalah seorang pendakwah bebas dan penyanyi di Malaysia. Beliau berketurunan Rawa dan dilahirkan di [[Gopeng]], [[Negeri Perak]]. Sebagai seorang [[pendakwah]], beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Akhil. Semasa zaman remaja, Ustaz Akhil merupakan salah seorang anggota [[Sejarah_muzik_rock_di_Malaysia|kumpulan rock]] di [[Malaysia]]. Kumpulan tersebut diberi nama [[D'Riyadh]]. Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang [[pemuzik]] rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran "Ustaz Rock" kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.
 
Ustaz Akhil sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Puan Maizawati Zainal. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran beberapa orang cahaya mata.
 
Seperti Nasyid Legenda pertama, album kali ini juga menampilkan semula lagu-lagu malar segar yang pernah dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan nasyid popular tanhair seperti [[kumpulan Al-Jawaher|Al-Jawaher]], [[kumpulan El-Suraya|El-Suraya]], [[kumpulan Al-Mizan|Al-Mizan]] dan yang seangkatan dengannya.
 
==Sejarah awal==
Pembabitan Ustaz Akhil dalam bidang muzik bermula semasa beliau di tingkatan tiga lagi dan pada ketika itu beliau sudah menjadi penyanyi di majlis kenduri orang kahwin. Pada tahun 1988 beliau menyertai pertandingan ''Konsert Box Office'' bersama rakan kumpulan [[D'Riyadh]] yang lain {ajuran [[Ali Bakar]] dan mereka telah berjaya muncul sebagai juara dengan mengalahkan 113 buah [[kumpulan rock]] yang lain di [[Malaysia]]. Bermula pada ketika itulah beliau terus aktif sebagai penyanyi. Dari tahun 1986 hingga 1990 beliau aktif sepenuhnya di persada muzik dan telah menghasilkan tiga buah album. Di atara lagu beliau yang mendapat tempat dihati peminat ketika itu ialah lagu ''"Memori Cinta Lama"'' dan ''"Hanya Ketenangan"''.
 
==Hidayah==
Selama hampir empat tahun aktif menyanyi, akhirnya pada 1993 tanpa sebarang masalah kumpulan [[D'Riyadh]] mula berpecah. Pelbagai masalah yang timbul pada ketika itu, ada yang jatuh sakit, ada yang buat kerja sendiri dan pelbagai masalah lain. Akhirnya Ustaz Akhil berhajat untuk membuat album [[solo]]. Oleh kerana terlalu banyak halangan yang diterima maka Ustaz Akhil mula berhijrah semula ke kampung. Semasa dikampung Ustaz Akhil mula mendekati [[masjid]] semula. Dari segi hakikatnya keluarga Ustaz Akhil sememangnya dalam golongan orang-orang yang beragama, arwah [[datuk]] ustaz ini adalah seorang [[tuan guru]] dan arwah ayah ustaz pula seorang [[mutawif haji]] (membawa jamaah haji).
 
Pada tahun 1995 bapa Ustaz Akhil membawa beliau menunaikan haji di [[Mekah]]. Sebelum ke Mekah Ustaz Akhil belajar agama di [[Pasentrian]], Indonesia. Selepas itu beliau mula berdakwah, menyampai kuliah, mengajar al-Quran Iqra dan sebagainya di [[Pusat Pembangunan Keluarga]] di [[Ipoh]].
 
==Diskografi==