Charles II dari England: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Zamwan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27:
| place of burial = [[Westminster Abbey]]
}}
'''Charles II''' (29 Mei [[1630]] [[Old Style and New Style dates|OS]] – 6 Februari [[1685]]) merupakan raja bagi [[Kerajaan England|England]], [[Kerajaan Scotland|Scotland]], dan [[Kerajaan Ireland|Ireland]].
 
Ayah Charles II iaitu [[Charles I dari England|King Charles I]] [[Regicide#The regicide of Charles I dari England|telah dibunuh]] di [[Istana Whitehall|Whitehall]] pada 30 Januari 1649, semasa kemuncak [[Perang Saudara England]]. [[Parlimen England]] tidak menabalkan Charles II sebagai raja pada waktu ini. Sebaliknya, mereka meluluskan undang-undang menjadikan pertabalan ini tidak sah. England terjebak di dalam tempoh yang dikenali sejarah sebagai [[Tempoh Peralihan England]] atau [[Komanwel England]] dan menjadikan negara ini sebagai sebuah republik ''[[de facto]]'' dengan diketuai oleh [[Oliver Cromwell]]. Scotland, bagaimanapun sebagai sebuah kerajaan yang berasingan melalui [[Parlimen Scotland]] telah mengistiharkan Charles II sebagai [[Raja Scotland]] pada 5 Februari 1649 di [[Edinburgh]]. Beliau telah ditabalkan sebagai Raja Scotland di [[Scone, Scotland|Scone]] pada 1 Januari 1651. Berikutan kekalahan beliau kepada Cromwell di dalam [[Pertempuran Worcester]] pada 3 September 1651, Charles telah melarikan diri ke tanah besar Eropah dan menghabiskan sembilan tahun berikutnya dalam buangan di Perancis, [[Republik Belanda|Wilayah-wilayah Bersatu]] dan [[Belanda Sepanyol]].