Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
Seterusnya dia mendalami dunia penyiaran apabila berhijrah ke [[Astro]] sebagai penulis skrip Salaam Bollywood selama lima bulan. Ketika itu pengacaranya ialah [[Sharifah Amani]]. Tidak lama selepas itu Ann menimba pengalaman di [[TV9]] pula sebagai penolong penerbit rancangan Kompas dan Seputar Malaysia selama enam bulan.
 
Selepas berjinak-jinak dengan dunia penyiaran, Ann melebarkan sayapnya ke konti radio apabila bergelar penyampai radio di Red FM 104.9 mengendalikan segmen Red X-press. Ketika itu teman seperjuangannya ialah pelakon remaja, [[Raja Farah]] dan bintang [[Akademi Fantasia|Akademi Fantasia 2]] (AF2) ]] , Anding.
 
Anne menghadiri uji bakat untuk radio [[Hot FM]] pada tahun 2006 ibarat langkah kanan apabila dia diserapkan sebagai
penyampai radio itu. Anne berkeudara bersama seorang lagi penyampai, Ikhwan setiap Isnin hingga Jumaat jam 8 malam hingga 12 malam dalam segmen [[Hot FM|Hot FM Zon]]. Manakala pada hari SABTU 10 pagi - 12 tengah-hari , Anne bersama Zura untuk segmen [[Hot FM|Hot FM yangkeren]]
 
Anne kini semakin menguasai bidang pengacaraan pula, Anne merupakan hos bersama [[Ahmad Faizal Mohd Tahir]] [[OIAM]] dalam rancangan realiti terbaru, [[Gang Starz]] yang disiarkan secara langsung menerusi [[TV3 (Malaysia)|TV3]] sebuah rangkaian [[Media Prima]] pada setiap hatihari AHAD Jam 9.00 Malam.
 
[[Gang Starz]] merupakan sebuah rancangan baru yang berkonsepkan realiti TV yang mencari bakat berkumpulan dalam bidang nyanyian. Namun bagi musim kedua, posisi Anne telah digantikan oleh [[Farah Fauzana binti Mohd Fadzil|Farah Fauzana]]. Selepas itu Anne menjadi pengacara bagi sebuah lagi rancangan realiti televisyen iaitu [[My Starz LG]] bergandingan dengan [[Nazrudin Habibur Rahman|Naz]]. Selepas itu Anne menjadi pengacara bersama Khairul Ikhwan untuk rancangan HotFM Hot 30 yang pernah disiarkan di [[TV9]] setiap AHAD Jam 1 tengah-hari pada tahun 2008.
 
==Kerjaya==