Pengawal Sampukan boleh aturcara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 17:06, 20 Mac 2006

Pengawal Sampukan Boleh Aturcara (PIC) adalah satu peranti yang membenarkan tahap keutamaan diberikan kepada keluaran sampukan tersebut.

Apabila peranti mempunyai pelbagai keluaran sampukan yang perlu dinyatakan,ia akan dilakukan berdasarkan keutamaan pertalian.

Mod yang biasa bagi Pengawal Sampukan Boleh Aturcara termasuk keutamaan keras, keutamaan berputar dan keutamaan berjujukan. Pengawal Sampukan Boleh Aturcara juga membenarkan masukan dan keluaran yang berjujukan antara satu sama lain.


Ciri-ciri Umum

PIC selalunya mengandungi beberapa set pendaftar iaitu Pendaftar Permintaan Sampukan (IRR, Pendaftar Dalam Perkhidmatan (ISR), Pendaftar Sampukan Berselindung (IMR). IRR menentukan sampukan yang masih belum dilaksanakan dan merupakan sejenis pendaftar simbol yang tidak boleh diakses secara terus. ISR pula menentukan sampukan yang telah dilaksanakan tetapi masih lagi menunggu Isyarat Sampukan Berakhir (EOI). IMR pula menentukan sampukan yang boleh diabaikan dan tidak perlu dilaksanakan. Skema pendaftar sebegini membenarkan dua permintaan sampukan dilakukan pada masa yang sama, dimana satu sampukan menunggu untuk dilaksanakan dan satu lagi menunggu Isyarat Sampukan Berakhir (EOI).

Terdapat beberapa skema keutamaan umum dalam Pengawal Sampukan Boleh Aturcara termasuklah keutamaan keras, keutamaan khusus, dan keutamaan berputar.

Sampukan boleh terjadi melalui cetusan di hujung atau cetusan pada aras.

Terdapat beberapa cara-cara biasa untuk mengakui bahawa sampukan telah selesai apabila EOI dikeluarkan. ini termasuklah menentukan sampukan mana yang telah selesai, menggunakan sampukan tersirat yang telah selesai (biasanya keutamaan tertinggi menunggu sementara dalam ISR), dan menganggap perakuan sampukan sebagai EOI.


PIC Yang Dikenali Umum

Salah satu PIC yang sangat dikenali, iaitu 8259A, termasuk didalam PC x86. Pada zaman moden, ianya tidak termasuk sebagai cip yang berbezadalam PC x86. Selebihnya, fungsinya dimasukkan sebagai sebahagian daripada papan induk southbridge chipset. Dalam kes-kes lain, ia telah sepenuhnya diganti oleh Pengawal Sampukan Boleh Aturcara yang lebih maju yang terbaru yang menyokong banyak lebih pengeluaran sampukan dan skema-skema berkeutamaan yang lebih fleksibel .