Port bersiri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 42:
===Kawalan Aliran(Flow Control)===
 
Port bersiri menggunakan isyarat pada antaramukanya untuk meneruskan atau memberhentikan penghantaran data. Sebagai contoh, pencetak yang lambat memerlukan [[jabat tangan]] (['' Handshake''] ) dengan port bersiri bagi menyatakan bahawa penghantaran data perlu dihentikan dahulu agar pencetak dapat menerimanya mengikut susunan yang betul. Isyarat jabat tangan perkakasan yang biasa digunakan adalah seperti isyarat litar RS 232 RTS/CTS, DTR/DSR.
 
Metod lain dalam pengawalan aliran ialah dengan menggunakan aksara khas seperti XON/XOFF untuk mengawal aliran data. Aksara XON/XOFF dihantar oleh penerima kepada penghantar bagi mengawal penghataran data, iaitu bilakah masa yang sesuai untuk data dihantar. Aksara ini mengalir pada arah yang bertentangan dengan aliran data. Aksara XON menyatakan bahawa penerima sedia untuk menerima data, manakala aksara XOFF pula memberitahu penghantar agar berhenti menghantar data sehingga penerima telah bersedia menerimanya kembali. Sekiranya aksara kawalan ini dihantar sebagai sebahagian dari aliran data, ia perlu dihantar sebagai turutan pelepas ( escape sequence ) bagi mengelakkan data diterjemah sebagai aksara kawalan. Kawalan aliran XON/XOFF ini hanya memerlukan antaramuka 3 wayar sahaja kerana tiada sebarang isyarat tambahan diperlukan.