Port bersiri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 46:
Metod lain dalam pengawalan aliran ialah dengan menggunakan aksara khas seperti [[XON/XOFF]] untuk mengawal aliran data. Aksara XON/XOFF dihantar oleh penerima kepada penghantar bagi mengawal penghataran data, iaitu bilakah masa yang sesuai untuk data dihantar. Aksara ini mengalir pada arah yang bertentangan dengan aliran data. Aksara XON menyatakan bahawa penerima sedia untuk menerima data, manakala aksara XOFF pula memberitahu penghantar agar berhenti menghantar data sehingga penerima telah bersedia menerimanya kembali. Sekiranya aksara kawalan ini dihantar sebagai sebahagian dari aliran data, ia perlu dihantar sebagai [[Turutan Pelepas]] ( escape sequence ) bagi mengelakkan data diterjemah sebagai aksara kawalan. Kawalan aliran XON/XOFF ini hanya memerlukan antaramuka 3 wayar sahaja kerana tiada sebarang isyarat tambahan diperlukan.
 
==Rujukan==
[1] [en.wikipedia.org/wiki/serial_port]