Manjalara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mhby87 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 45:
'''Kata tag:''' ''"Kehilangannya mencetuskan pertanyaan... Kemunculannya menimbulkan persoalan"''
 
==Pelakon==
maaf smue !!! TERDELETE! ya allah ...
{| class="wikitable"
!Pelakon
!Watak
!Peranan
|-
| [[Emelda Rosmila]] || Maya Marissa Kamarul Azlan (Manja / Lara) ||
|-
| [[Jehan Miskin]] || Eskandar Kamarul Johan (Es) ||
|-
| [[Mustafa Kamal]] || Kamarul Johan Kamarul Zaman (Johan) ||
|-
| [[Abby Abadi]] || Zsa Zsa Abdullah (Zaza) ||
|-
| [[Sheila Rusly]] || Sahara Malique (Sahara / Ani) ||
|-
| [[Jue Aziz]] || Ariana Kamarul Johan (Ari) ||
|-
| [[Ayu Raudhah]] || Farahida Kamarul Johan (Farah) ||
|-
| Faizal Yusof || Faryzal (Ryzal) ||
|-
| Harun Hasheem || Karim / Rashid ||
|-
| [[Erry Putra]] || Joffry ||
|-
| [[Azhar Sulaiman]] || Kamarul Azlan Kamarul Zaman (Kamarul) ||
|-
| Rozita Chek Wan || Marissa ||
|-
| Almy Nadia || Rihanna
|}
 
==Plot==
Drama bersiri ini mempunyai dua bahagian yang bersambungan iaitu kisah hidup Manja dan Lara. Walaupun kedua-duanya adalah orang yang sama, perwatakan mereka dibezakan oleh selang masa selama 3 tahun yang membuatkan latar bagi Lara sedikit berbeza dengan latar Manja. Ketika itu juga, latar Manja adalah berlainan dengan watak utama yang lain dan mula diperkenalkan watak baru yang kemudiannya, bermulanya bahagian ini dikenali sebagai bahagian "Manjalara 2". Pada penghujung siri, Manjalara digunakan oleh watak utama untuk gabungan nama Manja dan Lara memandangkan dia sudah ingin kembali kepada asalnya.
 
===Sinopsis===
====Kisah Manja====
Pada permulaan siri, penonton diperkenalkan dengan Manja dan keluarga terdekatnya iaitu ibunya, Marissa; ibu saudaranya, Zaza dan bapa saudaranya, Johan serta bermulanya kesan kejahatan Sahara (dan pembantunya ketika itu ialah Farouk) terhadap Manja. Manja dibawa pulang untuk tinggal dengan keluarga Johan. Sahara bersama anaknya Ari tidak begitu mengalukan kejadiran Manja berbanding Farah, kakak Ari.
 
Di samping itu, watak penyiasat iaitu Faryzal mula diperkenalkan dan pasaran gelap mula mengambil tempat dengan kemunculan Waji. Konflik bertambah apabila cubaan Sahara untuk merampas harta yang diwasiatkan kepada Manja dan cubaan demi cubaan, pembunuhan dan komplot Sahara mula diperjelaskan bagaimana liciknya dia melakukan jenayah secara diam dan melepaskan tangan tanpa diketahui orang tetapi orang yang diupahnya yang menerima nahas. Dalam pada itu, ditunjukkan juga watak-watak terdekat menjadi mangsa dalang kejahatan seperti Zaza diculik Waji dan Farah dikurung oleh Sahara. Farah kemudiannya melarikan diri untuk berkhidmat di rumah anak yatim.
 
Pada masa yang sama, Manja menaruh harapan kepada Eskandar, satu-satunya anak lelaki Sahara, yang membuatkan Sahara bertambah benci kepada Manja. Sahara bercadang untuk menyingkirkan Manja setelah Es merancang untuk mengahwini Manja. Cubaan Sahara untuk membunuh Manja telah tidak membuahkan hasil dan yang lebih teruk lagi, kini Johan mengetahui niat jahat Sahara dan Es bukanlah anak kandung Johan. Johan kini tekad untuk menceraikan Sahara. Peralihan latar bermula apabila Farah pergi ke luar negara untuk berkhidmat kepada mangsa gempa, Sahara menghilangkan diri selepas kemalangan ketika menuju ke mahkamah kadi dan Manja tertipu oleh Sahara yang berpakat untuk "menjadikan Es senjatanya" untuk merampas harta Manja serta misteri "Karim".
[[Imej:Manja l 2.jpg|thumb|200px|right|Watak-watak awal Manjalara]]
 
====Waktu peralihan====
Ketika ini, latar Manja adalah berlainan dengan watak utama yang lain dan mula diperkenalkan watak baru. Manja kemudian mengikuti ibu saudaranya, Zuebaedah, untuk menenangkan diri dan mengubati hatinya yang telah "ditipu" Eskandar. Di sana, Manja berkenalan dengan Rihanna, gadis kampung pemalu yang merupakan anak kepada Mak Tun, orang gaji Zuebaedah. Di sana juga, watak Joffri diperkenalkan bersama tunangnya, Nadya tetapi Nadya yang sering curang membuatkan Joffri meninggalkannya. Dalam pada masa yang sama, Joffri menaruh hati pada Manja kerana kebaikannya.
 
Di latar lama iaitu [[Kuala Lumpur]], Faryzal telah mengalami koma setelah tertangkap oleh penjenayah dadah. Ini membuatkan Mak Cik Fidah (juga jiran Zaza) bersedih hati dan menetap dengan Zaza yang kini pelakon terkenal (kerana watak lakonannya adalah sama seperti Sahara) dan kemudian menjadi pengurusnya. Es pula berkenalan dengan Suri, seorang gadis berlatar belakang sederhana, yang bekerja dengannya. Ketulusan hati Suri mengingatkan Es kepada Manja.
 
Kebahagiaan tidak lama dikecapi Manja apabila Sahara muncul semula. Sahara yang kononnya hilang ingatan telah kembali ke pangkuan keluarganya dan diterima dengan tangan terbuka. Dia juga berjaya melakukan komplot untuk membunuh Zuebaedah. Itulah titik permulaan Manja mengubah diri dengan berlatarkan dendam untuk mempunyai personaliti yang lain dengan nama '''Lara'''.
 
====Dendam Lara====
Dengan bantuan Joffri, Lara tekad untuk membalas dendam kepada Sahara. Lara muncul semula di KL tepat ketika perkahwinan Es dan Suri. Lara kemudiannya meminta kerja di KMZ Holdings Sdn. Bhd. (yang sebenarnya miliknya melalui wasiat Kamarul Azlan). Keegoan Lara tidak digemari Es tetapi keyakinannya membuatkan Johan menerimanya bekerja. Pada masa yang sama, Joffri berpakat dengan Nadya mengikut arahan ayahnya, Rashid, dengan melakukan sabotaj kepada KMZ Holdings. Joffri mengupah Zamri, ketua penyelia tapak binaan kepunyaan KMZ, untuk melakukan kerosakan yang besar cukup untuk mencalarkan nama KMZ dalam media.
 
Farah juga tela kembali dan mendapati Zaid, kawan Faryzal, telah bertunang. Farah hanya memendam hati dan cuba kembali bekerja kebajikan di sekitar [[Kuala Lumpur]]. Dia mula bekerja di Yayasan Murni yang kemudian dia mendapat rahsia bahawa Sahara meletakkan semua harta yang di"rampas" dari keluarga Manja ke dalam akaun tersebut. Sahara kemudian menyuruh pembantunya ketika itu, Heri, untuk menculiknya. Berita tersebut terlepas ke tangan Johan yang percaya Sahara telah hilang ingatan dan menjadi insaf.
[[Imej:Manja-joff.jpg|left|180px|thumb|Lara (Emelda Rosmila) bersama Joffry ([[Erry Putra]]).]]
Johan mencari identiti sebenar Sahara dan diketahui yang Sahara sebenarnya adalah Ani, seorang gadis kampung yang dahulunya yatim. sahara kini berasa Johan sebagai satu ancaman lalu menyuruh Heri mengurung Johan juga. Zaid cuba melepaskan mereka seorang diri yang membuatkan dia serta Johan terbunuh ketika perebutan pistol dengan Heri. Farah yang trauma melihat kejadian itu diletakkan Lara di rumah Zaza. Zaza yang sedih kerana cinta hatinya telah terbunuh hanya memendam rasa sedih. Beberapa lama kemudian, dia berjumpa dengan Rashid, bapa Joffri, yang baru pulang dari luar negara. Keramahan Rashid mencairkan hati Zaza.
 
Rashid sebenarnya adalah Karim, iaitu ketua kongsi gelap dan pengedar dadah terbesar dengan gelaran "Maharaja". Dia kini mempunyai Waji dan Farouk untuk membantunya menjalankan kejahatannya di samping menarik Heri kepadanya. Malangnya, Heri telah dibunuh Sahara kerana kelicikannya dan melepaskan semua kesalahan pembunuhan Johan dan Zaid kepada Heri.
 
Dalam pada itu, Joffri mula memasang taktik untuk menaruh minat kepada Ari sebagai sebahagian strategi untuk menghancurkan keluarga Sahara. Lara pula tidak terlalu digemari Sahara kerana mengingatkannya kepada Manja. Lara tekad, setelah kematian Johan, dia ingin membunuh Sahara dengan tangannya sendiri. Ketika dia hendak melepaskan tembakan, dia berasa sangsi dan kemunculan Farouk secara tiba-tiba menyebabkan Es terluka. Ketika Es di [[hospital]], Faryzal telah sedar dari koma ketika ibunya memberitahu kematian Zaid.
 
Di rumah, kandungan Suri yang gugur membuatkan Suri tidak lagi siuman seperti dahulu. Trauma yang dihadapi ketika bersama Sahara turut membantu perkara itu terjadi. Dia mula bertindak ganjil dan mencederakan Nadya yang mengandung. Itu disebabkan komplot Nadya mengatakan anak itu anak Es lalu Suri ingin mengambil anak itu sebagai anaknya. Akhirnya Nadya terbunuh akibat ditoreh oleh Suri. Identiti Lara kemudiannya diketahui yang menyebabkan Suri ingin mengancam Lara tetapi Suri terkorban di hadapan Es dan Lara.
 
Kini, semua tumpuan adalah kepada Sahara. Karim ingin membalas dendam kepada Sahara. Faryzal dan Lara pula ingin membongkar kejahatan Sahara. Joffri pula tidak mahu meneruskan kegiatan jahat ayahnya dan mengugut ayahnya untuk memberhentikan semua kejahatan. Karim pula tidak akan berhenti selagi Sahara tidak dibunuhnya kerana pengkhianatan Sahara kepadanya dahulu.
 
Akhirnya, Sahara bersembunyi di rumah Mak Su nya di Kampung Pinang dan semua orang berkumpul di sana. Karim bersama Farouk mencari Sahara yang kini berada di jalan mati manakala Joffri membawa Ari untuk menyelamatkan ibunya itu dari dibunuh. Waji pula membawa Faryzal dan Zaza yang ditangkapnya untuk membuktikan Sahara masih ada di [[Malaysia]] sebelum mendesak Faryzal membawanya ke sempadan untuk membantunya melarikan diri. Es dan Farah pula mengetahui yang ibunya di Kampung Pinang sementara Lara juga ke sana apabila mengetahui yang tempat persembunyian Sahara itu. Di situ, Sahara telah ditembak oleh Karim dan mati di pangkuan Manja dan anak-anaknya.
[[Imej:Manja l 3.jpg|thumb|right|190px|Awal Manja. Dari kiri, Sahara ([[Sheila Rusly]]), Manja ([[Emelda Rosmila]]) dan Eskandar ([[Jehan Miskin]]).]]
'''
 
====Peleraian Manjalara====
Setelah itu, peleraian konflik berlaku apabila Karim menyerah diri dan kini Es tahu bahawa Karim adalah [[bapa]] kandungnya dan Joffri adalah adiknya. Kemudian, Joffri membawa hati pergi ke luar negara dan begitu juga Es. Zaza berjaya mendapatkan anak angkat dan dikongsi bersama Ari tetapi Ari kemudiannya diberikan juga anak angkat yang masih bayi oleh Farah yang kini pengerusi Yayasan Murni dan menjaga semua kebajikan dengan elok. Faryzal pula telah mengikat pertalian dengan Farah dan Rihanna kini menjadi penerbit [[rancangan realiti]] 'Mencari Suami' yang membantu Zaza mendapatkan suami akhirnya. Manja kemudian bercuti ke luar negara lalu dilamar oleh Es di sana.
 
Penghujung episod terakhir menunjukkan seorang wanita muncul di kediaman keluarga Johan dan didapati wanita itu adalah "Sahara".
 
==Respon==
Pada mulanya, slot drama bersiri ini mencetuskan kontroversi kerana skrip asalnya adalah cerita luar negara. Walau bagaimanapun, pengadaptasian cerita tersebut kepada suasana masyarakat Melayu berjaya menarik perhatian banyak penonton tempatan. Hal ini sekaligus menaikkan nama [[Emelda Rosmila]] yang menjadi pendukung watak utama serta watak-watak lain. Cerita ini juga turut mendapat perhatian penonton dari pelbagai golongan masyarakat yang memuji perwatakan watak utama bersama jalan cerita yang lain dari drama siri Melayu yang biasa.
 
==Trivia==
* Nama Manjalara digunakan sempena ibu kepada [[Tunku|Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj]], Makche Manjelara.
* Dalam cerita ini, Manjalara adalah gabungan dua nama iaitu Manja dan Lara yang digunakan oleh watak utama untuk dua blok berbeza.
* Manjalara juga adalah nama kepada bandar di [[Kuala Lumpur]] yang mempunyai sekolah dengan dan taman tasik dengan nama tersebut.
* Pelakon watak Manja, [[Emelda Rosmila]] diberi tempoh dua minggu sebelum penggambaran untuk menaikkan berat badan daripada 47 kg kepada 57 kg.
* Walaupun diminati ramai, siri ini sebenarnya diadaptasikan daripada sebuah telenovela popular dari Venezuela, Mi Gordo Bella. Pengarah siri ini, Khabir Bhatia, juga pernah mengambil idea daripada Love Actually dalam menghasilkan [[filem Cinta]].
* Kebanyakan watak tidak menyebut "''congratulations''" dengan betul.
* Setiap babak pertemuan kali pertama antara watak yang membawa kepada cinta adalah melibatkan kemalangan, contohnya terlanggar, terjatuh, tergelincir dan sebagainya.
* Ketika masih gemuk, Manja tidak pernah memakai baju lengan pendek.
* Disebabkan kemanjaan watak-watak dalam blok Manja, sebutan ayat yang mempunyai perkataan tunggal seperti "please" dan "sorry" sering dipanjangkan. Walau bagaimanapun, perlakuan tersebut berkurangan setelah Lara muncul.<ref>http://www.novavizio.com/ms/kiriman/manjalara</ref>
 
==Rujukan==
<references />
 
==Pautan luar==