Tort: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
Baris 8:
==Perkara am==
 
Undang-undang tort dibezakan dengan undang-undang [[kontrak]], undang-undang [[pengembalian]], undang-undang [[equiti]] dan [[undang-undang jenayah]]. Undang-undang kontrak melindungi jangkaan yang timbul daripada satu [[perjanjian]],undang-undang pengembalian melindungi penkayaan tidak adil, undang-undang ekuiti memastikan bahawa orang berlaku secara wajar dalam sesetengah situasi dan undang-undang jenayah menghukum mereka yang melakukan kesalahan berat seperti [[pembunuhan]] sehingga [[Negara (politik)|negara]] perlu bertindak melindungi rakyatnya. Notakan juga bahawa banyak kesalahan boleh mewujudkan [[liability]] kepada kedua-dua negara sebagai satu jenayah, dan kepada mangsa sebagai tort.
 
Undang-undang tort bertujuan melindungi kepentingan seseorang individu dalam keselamatannya, tanah milikannya, sumber [[kewangan]]nya, atau [[reputasi]]nya. Pengangguan dalam salah-satu kepentingan ini boleh diubati oleh satu tindakan undang-undang menuntut ganti rugi, biasanya dalam satu bentuk [[pampasan]. Undang-undang tort secara langsung bertujuan meletakkan si mangsa satu gangguan ke dalam keadaan sebelum dia diperlakukan gangguan itu (berdasarkan prinsip jangkaan atau keadaan wajar).