Shin Megami Tensei: Persona 3: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mhby87 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Niduzzi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 24:
{{nihongo|'''''Shin Megami Tensei: Persona 3'''''|ペルソナ3|Perusona 3|}} ialah judul keempat di dalam siri [[permainan video]] [[permainan video berperanan|RPG berkonsol]] ''[[Persona (permainan video)|Persona]]''. ''Persona 3'' direka dan diterbitkan oleh [[Atlus Co.]] untuk sistem konsol [[Sony PlayStation 2]]. ''Persona 3'' dikeluarkan di [[Jepun]] pada [[13 Julai]], [[2006]], manakala dikeluarkan di [[Amerika Utara]] pula pada [[24 Julai]], [[2007]], tetapi disebabkan kesilapan pengeluaran dengan buku seni ''Persona 3'', tarikh keluarannya ditangguhkan sehingga [[14 Ogos]], [[2007]], serta keluaran di [[Eropah]] dan [[Australia]] pada [[29 Februari]], [[2008]]. Sebuah bab baru dan beberapa tambahan yang lain telah dicipta dalam sebuah judul tambahan, iaitu ''Persona 3: FES'', dikeluarkan di Jepun pada [[19 April]], [[2007]], manakala di Amerika Utara pula pada [[22 April]], [[2008]].
 
''Persona 3'' membawa para pemain mengawal kehidupan seorang pelajar sekolah menengah yang menyertai ahli-ahli lain daripada SEES-iaitu ''Specialized Extracurricular Execution Squad''-untuk menentang Shadow dan makhluk lain yang muncul dalam waktu ''Dark Hour'', iaitu waktu yang berlalu di antara satu hari dan hari seterusnya, setiap hari, yang hanya disedari oleh sebilangan manusia sahaja. Para pemain menggunakan senjata dan kebolehan sihir menerusi penggunaan "Persona" untuk mengalahkan musuh di dalam sebuah sistem bertarung mengikut giliran. Salah satu ciri yang ironik dalam judul ini dilihat apabila watak-wataknya menyeru Persona mereka: dengan menarik picu Evoker yang menyerupai sepucuk pistol, yang disasarkan di kepala mereka, yang tidak mencederakan mereka, tetapi memberi tekanan emosi yang mencukupi untuk memanggil keluar Persona tersebut. Selain daripada elemen-elemen biasa yang dilihat dalam RPG lain, ''Persona 3'' jugejuga mempunyai elemen simulasi ''dating'' yang serupa dengan corak permainan [[The Sims]], mengikut perjalanan watak-wataknya menerusi pergerakan hari demi hari di dalam satu tahun sekolah, mengembangkan hubungannya dan mencipta rantai-rantai sosial untuk mengukuhkan Persona yang digunakan dalam pertarungan.
 
Judul ini telah menerima kritikan yang positif dan mendapat beberapa anugerah untuk tahun 2007.