Hippie: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 25:
 
Keganasan dan tragedi [[Perang Vietnam]] menyebabkan golongan muda bangkit bersama untuk menentang keputusan kerajaan untuk meneruskan penghantaran askar Amerika ke [[Vietnam]]. Protes besar-besaran dan demonstrasi anti-perang berleluasa bukan sahaja di [[San Francisco]] malah di kebanyakan bandar besar. Demonstrasi aman ini bertukar menjadi [[rusuhan]] ganas apabila polis dan pihak sekuriti negara bertempur dengan remaja dan belia yang memprotes, yang bukan sahaja berterusan selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Protes, demonstrasi dan pengambil-alihan Universiti oleh pelajar berleluasa lewat 1960-an dan awal 70-an, seperti [[mogok]] pelajar Columbia University, dan mogok pelajar [[1970]].
[[Image:Flower Power demonstrator.jpg|350px|thumb|left|Hippie memprotes Perang Vietnam, Oktober 1967]]
 
Revolusi politikal, sosial dan budaya-lawan (counterculture) mula memberi kesan kepada masyarakat pada masa itu pada tahun 1968. Antara tokoh yang mengetuai gerakan anti-perang adalah aktivis radikal Abbie Hoffman dan Jerry Rubin. Mereka mengetuai pasukan Yippies (Youth International Party) yang sering terlibat dengan konfrontasi dengan polis. Selain itu, Weatherman atau the Weather Underground, sebuah parti radikal berhaluan kiri, menimbulkan kekecohan dan rusuhan anti-perang pada tahun [[1969]] dan mengebom beberapa bangunan awal 1970-an.