Konvensyen Geneva: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 17:
# Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka.
# Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang.
 
== Konvensyen 3 ==
# Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor pengenalan. Maklumat ini hendaklah dihantar kepada kuasa-kuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka.
# Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam (seperti mengurung, tidak diberi makanan) untuk mendapatkan maklumat.
# Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik. Mereka tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains.
# Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang terdedah kepada pertempuran. Keadaan hidup mereka (seperti makanan, perlindungan, pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota tentera pihak musuh.
# Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah baik supaya tawan peang berada dalam keadaan yang selesa.
# Tawanan perang hendaklah dibenar mengamalkan suruhan agama mereka.
# Tawan perang hendaklah dibenarkan beriadah, membaca dan bersukan.
# Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran yang berpatutan.
# Tawanan perang hendaklah dibenar menerima dan mengirim surat dan juga menerima bungkusan barang (seperti makanan, pakaian, buku dll).
# Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang.
# Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah dihantar pulang.
# Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan
 
[[Category:Konvensyen Geneva| ]]