Istana Budaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 210.186.168.9 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Whjayg
Baris 6:
==Seni bina==
[[Imej:Istana Budaya and The Eye of Malaysia.jpg|210px|left|thumb|Istana Budaya dan [[Eye on Malaysia]]]]
Dewan teater yang dipanggil "Panggung Seri" mempunyai [[kotak tempat duduk khas]] yang direka khas menyerupai tingkap rumah tradisional [[melayu]]. Dewan ini boleh menempatkan seramai 1,412 orang pada satu-satu masa. Teater ini merupakan teater pertama di [[Asia]] yang dilengkapi dengan peralatan–peralatan canggih dan terkini. Istana Budaya juga dikelaskan di antara sepuluh teater tercanggih di dunia, dan tarafnya diletakkan bersamaan dengan Royal Albert Hall di [[London]]. <ref>http://www.istanabudaya.gov.my/page.cfm?ID=1CB0C775-22B4-4FD5-BD2A63D8C432A858</ref>
 
Pembinaan bangunan ini menelan belanja sebanyak RM210 juta dengan keluasan teater sebesar 21,000 m² manakala keseluruhan bangunan sebesar 54,400 m². Antara residen tetap Istana Budaya termasuklah Orkestra Seni Kebangsaan (OSK) dan juga syarikat teater negara.