Atlantis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: lv:Atlantīda
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Atlantis''' ([[Yunani kuno]]: {{polytonic|Ἀτλαντὶς νῆσος}}, "Pulau Atlas") adalah nama pulau lagenda yang pertama kali disebut dan digambarkan oleh ahli falsafah [[Yunani kuno]] [[Plato]] dalam dialognya Timaeus dan Critias.
 
Menurut Plato, pulau Atlantis yabgyang terletak "melepasi [[tiang Hercules]]", merupakan kuasa marin yang menakluk sebahagian besar [[Europah barat]] dan [[Afrika]]. Tidak lama selepas gagal menakluk [[Athens]], Atlantis tenggelam di bawah ombak "dalam bencana satu hari dan satu malam" akibat malapetaka semulajadi yang berlaku 9,000 tahun sebelum zaman Plato.
 
Oleh kerana kisah ini hanya diceritakan oleh Plato, Atlantis kemungkinannya satu mitos yang direkanya bagi menyokong teori politiknya yang berdasarkan fakta sejarah. Sesetengah sarjana berpendapat Plato bertujuan menceritakan sejarah sebenar. Sungguhpun tujuan penceritaan Atlantis jelas bagi kebanyakan sarjana, mereka tidak sependapat sama ada atau banyak mana gambaran Plato berasaskan fakta sejarah. Sesetengah sarjana mendakwa Plato mengambil pengajaran daripada kejadian silam seperti [[letupan Thera]] atau [[perang Trojan]], sementara yang lain menegaskan bahawa dia mengambil inspirasi dari kejadian semasa seperti kemusnahan [[Helike]] pada [[373 SM]] atau kegagalan [[Ekspidisi Sicilian|Athenian menjajah Sicily]] pada tahun 415–413 SM.