Perbezaan antara semakan "Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia"

kemas
(kemas)
'''Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia''' atau ''ROS'' adalah sebuah Jabatanjabatan di bawah [[Kementerian Dalam Negeri Malaysia|Kementerian Dalam Negeri]] yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan dan parti politik. Di bawah Seksyen 2, [[Akta Pertubuhan 1966]], sesebuah pertubuhan adalah didefinisikan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh ( 7 ) orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain.
 
== Matlamat ==
Matlamat Jabatan ini ialah untuk menentukan pertumbuhan dan perkembangan pertubuhan yang sihat serta teratur dan tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak.
 
== Fungsi ==
Fungsi utama Jabatan adalah untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar-dasar mengenai pertubuhan; mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak negara Malaysia serta mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan dan cawangan pertubuhan berdaftar.
 
===Aktiviti Pendaftaranpendaftaran===
Dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, Jabatan menjalankan tugas-tugasnya dari aspek pendaftaran, pengawasan dan pengawalan. Dalam hal ini penumpuan diberi kepada beberapa aktiviti berikut:
*Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan untuk kebenaran bagi menubuhkan cawangan pertubuhan.
*Mengesahkan pelantikan pemegang-pemegang jawatan pertubuhan bagi menyempurnakan segala suratcara berkaitan dengan harta takalih pertubuhan.
 
===Aktiviti Pengawasanpengawasan dan Pengawalanpengawalan===
Di dalam aktiviti pengawasan dan pengawalan pula, Jabatan bertanggungjawab di dalam:
*Mengawal kegiatan-kegiatan pertubuhan dan cawangan pertubuhan supaya selaras dengan tujuan-tujuan berdaftarnya dan tidak bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak di Malaysia.
*Mengambil tindakan mendakwa pertubuhan dan ahli-ahli jawatankuasa pertubuhan yang melanggar peruntukan-peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.
 
== Sejarah ==
 
Pada zaman pemerintahan penjajahan British, pihak penjajah British telah menggalakkan secara aktif kedatangan orang-orang keturunan Cina ke Malaya seperti mana negara disebutkan pada masa itu.
 
*Enakmen 1899 telah digubal semula oleh Parlimen dalam tahun 1965/66 dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1966 dikenali sebagai [[Akta Pertubuhan 1966]] (Akta 13 tahun 1966). Akta 1966 ini merupakan hasil keluaran yang melibatkan percantuman tiga ordinan berlainan sebelum ianya diluluskan, iaitu Ordinan 1949 untuk Persekutuan Tanah Melayu, Ordinan Pertubuhan 1957 bagi negeri Sarawak dan Ordinan Pertubuhan 1961 bagi negeri Sabah. Akibat daripada Akta tahun 1966 itu, Pejabat Pendaftaran Pertubuhan telah diwujudkan pada tahun 1966 untuk menguatkuasakan Akta, selepas ianya dipisahkan daripada Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja.
 
== Senarai Organisasiorganisasi yang pernah dibatalkan pendaftaran ==
*[[UMNO]]
*[[Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu|PASOK]]
*[[Parti Bansa Dayak Sarawak|PBDS]]
*[[Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor|Balkis]]
 
== Rujukan ==
*[http://www.ros.gov.my/index1.php?lang=BM Laman Rasmi ROS Malaysia]
 
[[Kategori:Jabatan kerajaan Malaysia]]
65,424

suntingan