Mafilindo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'MAPHLINDO merupakan singkatan kepada perkataan Malaysia, Filipina dan Indonesia. Ia merupakan suatu ikatan/cantuman/gugusan bersama tiga buah Negar...'
 
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
MAPHLINDO merupakan singkatan kepada perkataan [[Malaysia]], [[Filipina]] dan [[Indonesia]]. Ia merupakan suatu ikatan/cantuman/gugusan bersama tiga buah Negara tersebut. Tujuan utama penubuhan ikatan ini adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelasaikanmenyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.
 
Pada mulanya, pertelingkahan diantara Malaysia dan kedua-dua Negara tersebut adalah kerana cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia yang berdaulat. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia adalah kerana Presiden [[Soekarno]] menganggap pembentukan Malaysia adalah sebagai suatu bentuk [[neokolonialisme]] atau penjajahan bentuk baru. Manakala, tentangan Filipina pula adalah kerana Negara Filipina tersebut menuntut negeri [[Sabah]] yang didakwanya masih menjadi hak milik Negara mereka.
 
Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia.Rundingan akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga-tiga Negara tersebut telah mencapai kata sepakat dengan memohon bantuan [[PBB]] untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia yang berdaulat dengan memasukkan sekali negeri Sabah dan Sarawak dalam persekutuan itu. PBB melalui perwakilannya ke Malaysia telah menubuhkan United Nations Malaysia Mission (UNMM) (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Misi Malaysia). UNMM secara rasminya telah dibentuk oleh Setiausaha Agungnya pada masa itu U Thant dengan menghantar wakil diplomatnya pada tahun 1963 yang bernama [[Lawrence V. Michael More]] untuk meninjau secara terperinci tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia.