Perbezaan antara semakan "Futsal"

1,371 bait ditambah ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.
 
==Sejarah==
Futsal telah dimulakan di [[Montevideo, Uruguay]], pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi [[Persatuan bola sepak|bola sepak]] bagi pertandingan di [[YMCA]].<ref>{{cite web |url=http://fefusa.zortal.com/ZortalPortal.aspx?tabid=119963 |publisher=Federation of Futsal USA|title=Federation of Futsal USA|accessdate=2008-01-31}}</ref> Di [[Brazil]], versi ini telah dibangunkan di jalanan [[Sao Paulo]], dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan. Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985.<ref name=TheFA>{{cite web |url=http://www.thefa.com/GrassrootsNew/Player/Postings/2004/02/HistoryOfFutsal.htm |publisher=The FA|title=The FA.com - History of Futsal|accessdate=2008-01-31}}</ref> Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara [[FIFA]] dan FIFUSA terhadap pentadbiran ''fútbol'', maka FIFUSA telah mencipta nama ''fut-sal'' pada tahun 1985.
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
 
11,584

suntingan