Republik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot menambah: vls:Republiek
Baris 8:
==Republik dan konsep demokrasi==
 
Ramai yang mungkin berpendapat kerajaan republik adalah lebih demokratik dari kerajaan [[raja berperlembagaan]]. Namun demikian ia bergantung kepada siapa yang memegang kuasa [[eksekutif]]. Didalam sesetangah negara [[monarki]], raja sekadar lambang kedaulatan negara manakala perdana menteri adalah lebih berkuasa dari raja. Monarki biasanya bertakhta seumur hidup dan kuasanya akan diberi kepada saudara atau anak, atauatadsdsdsdsdsdsdsdsdsu dipilih mengikut peraturan yang ditetapkan. Banyak negara raja berperlembagaan adalah [[demokrasi|demokratik]].
 
Dari segi mana yang lebih demokratik, memang tiada perbezaan yang jelas antara republik dan negara raja berpelembagaan. Disetengah-setengah negara bukan republik seperti [[Malaysia]], [[Perdana Menteri]] mempunyai lebih kuasa eksekutif berbanding rajanya, yang berkuasa dari segi adat istiadat sahaja. Manakala, di beberapa republik pula Presidennya memerintah secara kuku besi seolah-olah dia [[maharaja]] di negara tersebut. Misalnya, kerajaan di bawah pimpinan [[Bokassa]] di [[Republik Afrika Tengah]]. Namun begitu, pada lazimnya republik adalah disamakan dengan [[demokrasi]]. [[Amerika Syarikat]] misalnya dianggap sebagai simbol demokrasi. Manakala [[India]], juga sebuah republik, dianggap sebagai demokrasi terbesar didunia.