Sang Nila Utama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Baris 30:
Selepas kemangkatan baginda, 3 lagi raja memerintah Singapura iaitu Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401).
 
Pada tahun 1401, cicit baginda iaitu [[Parameswara|Paduka Sri Maharaja Parameswara|Parameswara]] diusir dari Singapura selepas Majapahit berjaya menawan Singapura. Baginda kemudiannya melarikan diri ke utara dan menubuhkan kerajaan [[Kesultanan Melayu Melaka|Melaka]] pada tahun 1402.
 
Sang Nila Utama ialah anak kepada Sri Nila Pahlawan (Sang Sapurba) yang diceritakan dalam [[Sejarah Melayu]] sebagai nenek moyang legenda raja-raja Melayu. Dari keturunan baginda, wujud dinasti-dinasti kerajaan di alam Melayu seperti [[Kesultanan Melayu Melaka|Melaka]], [[Sejarah Johor|Johor]] dan [[Sejarah Perak|Perak]]. Sultan Perak ke-34, [[Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah|Sultan Azlan Muhibbuddin Shah]] (1984 - sekarang) ialah keturunan langsung dari Sultan Perak pertama, Sultan Muzaffar Shah I (1528 - 1549), iaitu salah seorang putera [[Sultan Mahmud Shah]] (1488–1528), Sultan Melaka terakhir.
 
 
==Lihat juga==