Opioid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khairulkhalid (bincang | sumb.)
Khairulkhalid (bincang | sumb.)
Baris 23:
=== Pergantungan Fizikal, Ketagihan, dan Tarikan ===
 
Penggunaan opioid secara berterusan (sama ada untuk kesihatan atau euforia) akan mendorong '''pergantungan fizikal''', yang boleh dilihat daripada '''sindrom tarikan akut''' apabila pengambilan dadah tersebut dihentikan atau dikurangkan secara cepat, atau apabila antagonis digunakan. Simptom sindrom tarikan adalah bertentangan dengan kesan sampingan pengambilan dadah. Contoh simptom ialah keresahan, ''dysphoria'', kepedihan mata, hidung berair, ''goosebumps'', kekejangan dan sakit dalaman. Kepantasan dan keterukan sindrom tarikan itu bergantung kepada separuh hayat opioid tersebut contohnya tarikan heroin adalah lebih cepat berbanding metadon. Fasa tarikan akut selalunya disertai oleh kemurungan dan insomnia selama beberapa bulan.
 
 
Baris 29:
 
 
Simptom tarikan boleh dikurangkan dengan mengurangkan dos opioid secara perlahan lahan selama beberapa hari atau minggu, selepas bertukar kepada opioid tindak lama seperti metadon. Selain itu, simptom tarikan opioid boleh dirawat menggunakan ubat seperti ''clonidine'' untuk hiperaktif simpatetik dan ''benzodiazepine'' untuk keresahan dan insomnia.
 
 
{{stub}}
''Rapid detox'' ialah kaedah terbaru dalam proses tarikan. Kaedah ini menggunakan antagonis opioid untuk menyebabkan tarikan akut semasa pesakit berada dalam anestesia. Anestesia digunakan untuk menghilangkan rasa kurang selesa semasa proses tersebut. Prosedur ini telah mengundang kontroversi kerana risiko dan kosnya yang tinggi serta beberapa pesakit telah mati disebabkan prosedur tersebut. Banyak pakar sakit menganggap prosedur tersebut tidak penting dan pakar tagih mengkritik prosedur tersebut kerana tidak menghalang pesakit daripada kembali menyalahguna opioid setelah segalanya tamat. ''Rapid detox'' juga tidak mengurangkan sindrom tarikan yang akan kekal selama beberapa minggu atau bulan selepas fasa akut berlalu.
 
 
Walaupun pergantungan fizikal bersifat universal kepada pengguna opioid, ketagihan sebenar adalah jarang berlaku biarpun opioid digunakan pada kadar yang tinggi dalam tempoh masa yang lama, untuk merawat penyakit kronik. Ini adalah kerana dengan toleren yang tinggi terhadap euforia, kesan sampingan yang masih wujud adalah tidak menyenangkan. Jadi tiada dorongan untuk mengambil opioid selain untuk mengurangkan kesakitan.
 
 
Biarpun opioid telah lama digunakan untuk merawat sakit akut dan sakit akibat kanser, sejak akhir akhir ini penggunaan opioid meningkat secara mendadak dalam pengurusan sakit kronik dan ''non-maglinant pain''. Sedang aliran ini masih dianggap kontroversi bagi sesetengah, konsesus perubatan mengatakan pesakit kronik masih boleh menggunakan opioid yang mempunyai risiko minimum untuk ketagih dan rendah toksik.
 
 
 
[[en:opioid]]