Perbezaan antara semakan "Abdul Rahim Kajai"

k
kemaskini
k (kemaskini)
'''ABDULAbdul RAHIMRahim KAJAIKajai''' adalah Bapa Kewartawanan Melayu yang lahir pada tahun [[1894]] di [[Selangor]], [[Malaysia]]. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim bin Haji Salim dan mendapat pendidikan awal sehingga darjah lima di Sekolah Melayu Setapak, [[Kuala Lumpur]]. Beliau kemudiannya dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran agama dan [[Bahasa Arab]] di [[Makkah]] sehingga tahun [[1909]].
 
Pada tahun [[1925]] Abdul Rahim berkhidmat sebagai wartawan di akhbar mingguan ''Edaran Zaman'' yang berpusat di [[Pulau Pinang]]. Selepas itu beliau berpindah ke akhbar ''Saudara'' pimpinan Syed Sheikh Al-Hadi. Dalam penulisannya ketika itu beliau menggunakan nama Abdul Rahim Kajai. Kajai adalah nama sebuah tempat di Sumatera iaitu kampung halaman ibubapanya.
 
Pada tahun [[1931]] beliau menjadi Pengarang untuk akhbar ''Majlis''. Dari situ beliau berpindah pula ke akhbar ''Warta Malaya'' juga sebagai Pengarang. Pemilik Warta Malaya, Syed Husin al-Sagaf kemudiannya menerbitkan dua majalah iaitu ''Warta Ahad'' dan ''Warta Jenaka'' di mana Abdul Rahim telah ditugaskan untuk menulis rencana pengarangnya dan juga cerita-cerita humor di dalamnya.
 
Abdul Rahim Kajai pernah juga berkhidmat di ''Utusan Melayu'' dan ''Utusan Zaman'' sebagai Pengarang. Begitu juga sebagai Pengarang majalah ''Mustika'' (sekarang di sebut ''Mastika''). Pada zaman Perang Dunia Kedua, Abdul Rahim bertugas di akhbar ''Berita Malai'' iaitu tahun 1943.
 
Abdul Rahim meninggal dunia pada [[5 Disember]] [[1943]]. Dalam hidupnya beliau pernah mengarang 48 buah cerpen dengan pelbagai tema.
9,357

suntingan