Amélie (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Azzad.mahdzir (bincang | sumb.)
Azzad.mahdzir (bincang | sumb.)
Baris 3:
Filem ini merupakan terbitan usaha sama Perancis dan [[Jerman]]. Amélie telah memenangi banyak anugerah-anugerah filem di antaranya Filem Terbaik di [[Anugerah Filem Eropah]] pada 2002 di Jerman dan [[Anugerah César]] di Perancis pada tahun yang sama. Ia juga telah menerima lima pencalonan [[Anugerah Academy]] 2002 di [[Amerika Syarikat]] dalam kategori Penataan Seni Terbaik-Penataan Set, Sinematografi Terbaik, Filem Bahasa Asing Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik serta Lakon Layar & Cerita Asal Terbaik. Filem ini walaubagaimanapun tidak diputarkan di Malaysia. Ia masuk ke pawagam-pawagam negara tetangga Asia lain seperti Korea Selatan, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Filipina.
 
== Jalan ceritaPlot ==
{{spoiler}}
Amélie Poulain adalah seorang gadis yang dibesarkan terasing dari kanak-kanak lain. Bapanya Raphaël yang pendiam dan kera sumbang merupakan seorang mantan doktor tentera Perancis. Dia yang tidak pernah bersentuhan dengan anaknya membuatkan anak perempuannya teramat gugup setiap kali disentuh hanya ketika pemeriksaan kesihatan oleh sang bapa. Kadar denyutan jantung Amélie meningkat dan hal ini telah didiagnosis sebagai masalah jantung. Amélie yang tidak dihantar ke sekolah belajar dirumah oleh ibunya Amandine, seorang guru sekolah yang berkemurungan neurotik. Amandine meninggal di kala anaknya masih kecil. Dia mangsa kepada wanita [[Quebec]] yang terjun membunuh diri di [[Gereja Notre Dame]] yang jatuh menghempapnya. Sejak itu sikap menyendiri Raphaël menjadi-jadi. Abu mendiang isterinya itu ditempatkan di taman di rumah mereka seolah tugu peringatan. Amélie yang juga bersendirian mulai giat berdaya imaginasi cergas.