Amélie (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Azzad.mahdzir (bincang | sumb.)
Azzad.mahdzir (bincang | sumb.)
Baris 34:
*André Dussollier - [[Dalang]]
 
=== Edaran and reaksi ===
Filem ini telah dilancarkan di Perancis, [[Belgium]], dan bahagian [[Switzerland]] yang bertutur bahasa Perancis pada April 2001. Ia dituruti dengan tayangan di pelbagai [[festival filem antarabangsa]] di seluruh dunia. Ia diputarkan secara terhad di [[Amerika Utara]], [[UK]] dan [[Australiasia]] di penghujung 2001.
 
=== Kritikan ===
Filem ini telah mendapat pujian dan kejayaan komersil dan artistik tapi telah dihentam oleh pengkritik Serge Kaganski dari ''[[les Inrockuptibles]]''. Beliau meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai paparan masyarakat moden Perancis yang tidak realistik, dibuat-buat dan ketinggalan zaman dengan mengenepikan kaum pendatang minoriti. Menurut Serge, pembikin filem ini seolah-olah hanya akan dapat memaparkan kesempurnaan Paris dengan membasmi hampir kesemua orang-orang kulit hitam. Jean-Pierre seterusnya menyangkal dakwaan itu dengan berkata koleksi gambar potret yang dipaparkan di dalam filem tersebut terkandung di dalamnya wajah pelbagai kaum dan [[Jamel Debbouze]] pemain watak Lucien, berketurunan Maghribi.
 
=== Penolakan Cannes ===
Gilles Jacob selaku penyelia [[Festival Filem Cannes]] memerikan Amélie sebagai "tidak menarik", dan tidak memilih filem itu untuk tayangan di festival berkenaan walaupun versi yang ditontonnya belum diedit dengan muzik. Ketiadaan Amélie di festival berprestij itu mengundang resah dan kontroversi memandangkan media Perancis dan khalayak menyambut hangat filem tersebut.