Perbezaan antara semakan "Darurat Pakistan 2007"

1,475 bait ditambah ,  11 tahun lalu
Keahlian [[Pakistan]] dalam [[Komanwel]] telah digantung dalam keputusan [[Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Momanwel]] ([[CHOGM 2007]]) yang diadakan di [[Kampala]], [[Uganda]]. [[Setiausaha Agung Komanwel]], [[Don McKinnon]] telah mengumumkan keputusan itu pada [[23 November]] [[2007]]. Pakistan didesak agar mengembalikan demokrasi dan peraturan undang-undang di Pakistan sebereapa segera demi kesejahteraan dan kebebasan rakyat majoriti. Namun keadaan politik Pakistan akan terus dipantau dalam tempoh kritikan tersebut. Satu delegasi Komanwel akan dihantar ke Pakistan seberapa segera.
 
Tindakan Peringkat Menteri Komanwel mengenai Deklarasi Harare ([[CMAG]]) yang dianggotai 53 negara sebulat suara menggantung keahlian Pakistan. Pada [[12 November]] [[2007]], Pakistan telah diberi amaran oleh CMAG. Menteri-menteri yang terlibat dalam keputusan ini ialah [[Menteri Luar Malta]], [[Michael Frendo]], [[Mohlabi Kenneth Tsekoa]], [[Menteri Luar Lesotho]], [[Menteri Luar Sri Lanka]] ([[Rohitha Bogollagama]]), [[Menteri Luar Tanzania]] ([[Bernard Membe]]) , [[Menteri Luar Papua New Guinea]] ([[Samuel Aba]]), [[Setiausaha Luar United Kingdom]] ([[David Miliband]]), Setiausaha Negara Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Antarabangsa Kanada ([[Helena Guergis]]) dan [[Timbalan Menteri Luar Malaysia]] (Datuk [[Joseph Salang]]).
 
[[CMAG]] menggesa [[Pakistan]]:
* Mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.
 
Negara [[Malaysia]] dan [[Sri Lanka]] masih tidak sepakat berhubung penggantungan itu kerana politik Pakistan dilihat menuju ke arah yang positif. Negara-negara Komanwel tidak yakin Pervez Musharraf akan meletakkan jawatan ketua angkatan tentera dan menarik balik perintah darurat sebelum pilihan raya pada Januari 2008. Pembangkang akan mengambil kesempatan dari tindakan Komanwel ini untuk menjejaskan kestabilan politik di Pakistan.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/newsnews_lite.php?id=298030 Komanwel Gantung Keanggotaan Pakistan], Bernama</ref>
 
== Keputusan Mahkamah Agung 2009 ==
Pada 31 Julai 2009, [[Mahkamah Agung Pakistan]] mengisytiharkan keputusan bahawa langkah yang diambil bekas presiden Pervez Musharraf pada 3 November 2007 sebagai tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan di bawah Artikel 279 Perlembagaan.<ref name="Court: Musharraf's 2007 rule unconstitutional">{{cite news |url=http://www.chinadaily.com.cn/world/2009-07/31/content_8501596.htm|title=Court: Musharraf's 2007 rule unconstitutional |date=2009-07-31 |publisher=China daily |accessdate=2009-07-31}}</ref>
 
Pengumuman tersebut turut menyatakan bahawa keputusan [[pilihan raya Pakistan 2008]] yang diadakan pada 18 Februari, akan diberikan perlindungan kehakiman dan Presiden [[Asif Ali Zardari]] tidak perlu mengangkat sumpah presiden sekali lagi. Bagaimanapun mahkamah mempunyai kesangsian mengenai bagaimana ordinan-ordinan termasuk Ordinan Pembangunan Semula Kebangsaan (NRO) yang kontroversi, dikendalikan oleh Mahkamah Agung sementara semasa waktu darurat. Bagaimanapun, kerajaan sekarang diberikan 120 hari untuk meluluskannya semula melalui parlimen.<ref name="Supreme Court strikes down Nov 3 emergency">{{cite news |url=http://www.dawn.com/wps/wcm/connect/dawn-content-library/dawn/news/pakistan/12-sc+declares+nov+3+2007+actions+unconstitutional--bi-04 |title=Supreme Court strikes down Nov 3 emergency |last=Iqbal |first=Nasir |date=2009-08-01 |publisher=Dawn |accessdate=2009-08-01}}</ref>
 
<references/>
 
==Pautan luar==
65,422

suntingan