Perang Salib Kesembilan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 56:
Ekoran kejayaan ini, Edward sedar bahawa dia perlu menamatkan pergolakan dalaman negeri Kristian bagi memastikan tentangan jangka panjang, dan dengan demikian dia menjadi orang tengah antara Hugh dan para [[kesatria]] yang kurang bersemangat dari keluarga [[Ibelin]] di Cyprus. Berikutan usahanya sebagai orang tengah itu, [[Edward I of England|Putera Edward]] dari [[England]] mula berunding perdamaian sementara selama 11 tahun dengan Baibars, walaupun rundingan ini hampir berakhir apabila Baibars cuba membunuhnya dengan mengirimkan orang yang berpura-pura menerima [[baptis]] sebagai penganut [[Kristian]].{{Fact|date=September 2007}} Edward dan para kesatrianya sendiri membunuh pembunuh-pembunuh itu dan segera memulakan persiapan untuk menyerang terus Baitul Maqdis. Bagaimana pun, apabila berita kematian bapa Edward, [[Henry III of England|Henry III]] sampai ke pengetahuannya, satu perjanjian ditandatangani bersama Baibars yang memberi peluang pada Edward pulang ke tanahair untuk dimahkotakan sebagai Raja England pada tahun 1272.
 
==AkibatKesudahan==
[[Image:Beibars.jpg|right|thumb|250px|Artistic illustration of [[Baibars]] in battle]]
[[Image:Last Crusader.jpg|thumb|200px|right|Gambaran romantik mengenai "Tentera Salib Terakhir". Kemenangan orang Islam yang semakin bertambah, kekalahan orang Kristian dan pelanggaran orang Eropah membawa pada penamat Perang Salib.]]
 
Edward selalu ditemani oleh Theobald Visconti yang menjadi [[Pope Gregory X]] pada tahun 1271. Gregory menyeru satu perang salib baru di [[Persidangan Lyons]] pada tahun 1274, tetapi tidak mendapat jawapan. Sementara itu, keretakan baru timbul di kalangan negeri-negeri Kristian apabila [[Charles I of Sicily|Charles of Anjou]] mengambil kesempatan atas pertikaian antara [[Hugh III of Cyprus|Hugh III]], [[Kesatria Kuil]], dan orang-orang [[Venice]] bagi membawa negeri Kristian yang masih tersisa ke dalam genggamannya. Dengan membeli tuntutan [[Mary of Antioch]] ke atas Kerajaan Jesusalem, dia menyerang Hugh III lalu menyebabkan perang saudara tercetus di dalam kerajaan itu. Pada tahun 1277 [[Roger of San Severino]] menawan Acre untuk Charles.
 
Walaupun perang yang saling menghancurkan di kalangan lapisan tentera salib telah terbukti melemahkan barisan tentera salib, akan tetapi ia juga memberi peluang pada seorang komander untuk mengawal perang salib itu dalam peribadi Charles. Bagaimana pun, harapan ini berkecai apabila Venice mencadangkan satu perang salib dilancarkan bukan ke atas orang Mamluk tetapi ke atas [[Constantinople]], tempat [[Michael VIII]] baru sahaja menubuhkan kembali [[Emapyar Byzantine]] dan mengusir keluar orang Venice. Pope Gregory tidak mungkin menyokong serangan sebegitu, tetapi pada tahun 1281 [[Pope Martin IV]] merestui cadangan itu; kegagalan berikutnya menyumbang pada [[Pemberontakan Sicily]] pada 31 Mac 1282 yang dimulakan oleh Michael VIII, dan Charles terpaksa pulang ke tanahair. Ini merupakan ekspedisi terakhir yang dilancarkan ke atas Byzantine di Eropah atau orang Islam di Tanah Suci.
 
==Catatan==