Asri Muda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 10:
Beliau mula dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada [[1959]] hingga [[1963]]. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dari tahun [[1964]] sehingga tahun [[1972]]. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah dari [[1 Januari]] [[1973]] hingga [[9 November]] [[1977]]. Kemudian pada [[14 November]] [[1977]] [[PAS]] telah dipecat sebagai parti komponen [[Barisan Nasional]].
 
Beliau memangku jawatan Yang Di Pertua Agung semasa Dr Burhanuddin Al Helmy ditahan ISA.Beliau dilantik sebagai Yang Di-Pertua atau Presiden [[PAS]] pada [[1969]] setelah kematian Dr Burhanuddin Al Helmi. Mohd Asri adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa [[PAS]] menyertai [[Barisan Nasional]] pada tahun [[1973]]. Tetapi dalam tempoh tersebut beliau dikaitkan dengan pelbagai krisis sehingga menyebabkan berlakunya Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 yang membawa kepada tumbangnya Kerajaan PAS Kelantan pada 1978 dan pemecatan PAS dari BN.Sejak dari itu, timbul pelbagai desakan dari part supaya beliau berundur dari kerusi Yang Dipertua Agung PAS.Akhirnya beliau meletakkan jawatan sebagai Yang Dipetua Agung PAS pada [[23 Oktober]] [[1982]] pada hari kedua Muktamar PAS ke-28 di Dewan Bahasa dan Pustaka.Turut meletakkan jawatan juga ialah isteri beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat,Ustazah [[Datin Sakinah Syeikh Juned|Datin Sakinah Joned.]]
 
Pada [[23 Februari]] [[1983]], beliau secara rasmi keluar daripada [[PAS]] selepas keahliannya digantung oleh Jawatankuasa Disiplin [[PAS]].Beliau kemudian menubuhkan [[Parti Hizbul Muslimin Malaysia]] (HAMIM) pada [[24 Mac]] [[1983]]. Kemudian pada [[2 Julai]] [[1983]], beliau dilantik sebagai Presiden HAMIM sebelum meletakkan jawatan pada [[17 November]] [[1988]] dan menyertai [[UMNO]] pada [[22 November]] [[1988]].